INDAH DALAM KENANGAN 27 SAFAR 1433H – 21 JANUARI 2012
Lama tak update blog ni. Dah setahun! ARGHHHH! Bukan tak ada bahan nak masuk, ada banyakkkkkk… Cuma malas tak ingat! Kali ni rajin tak memasal, gua tampal la kisah beli jiwa raga ni. Gua tak kisah kalo korang suka dengan kisah ni. HEH! Kisah ni telah disiarkan dalam majalah G3 keluaran 01 November 2005 yang lalu. Dah lebih enam tahun. Ni bukan kisah cintan cintun, kisah mat rempit atau kisah remaja tegedik-gedik tunjuk lagak!Selamat membaca dan menikmati kisah INDAH DALAM KENANGAN
Cerita ni gua warnakan sendiri secara manual, bukan digital/photoshop kerana gua rasa lebih telus, seronok dan menjiwai setiap warna yang digunakan ( seni la kononnya! ) dalam menghasilkannya.
Bahan-bahan yang digunakan: - empat keping watercolor paper - satu akuarium kecil air - brush murah - Dr.Ph.Martin Water color - arkilik cap ayam laga - gesso*
*google sendiri la apa kebende menatang animal ganas gesso ni. Malas nak dedahkan! IDEA Lagi la malas gua nak cerita macam mana dapat idea cerita yang tak best ni. Tapi cerita sikit la. Begini kisahnya macam mana gua dapat idea; Suatu hari masa gua jalan-jalan dengan lagaknya, tetiba hujung kasut koboi gua tesondol seketul taik itik angsa masih basah sebesar penumbuk… lalu mulut gua terus mencarut ikut sedap mulut di hadapan beberapa ekor kambing yang malu tersipu-sipu mendengar apa yang gua carutkan. PLING! Terus dapat idea cerita ni. HAR! HAR! HAR!
Jangan hanya indah dalam kenangan atau ingatan tapi "... yang paling penting sentiasa mendoakan kami ".
Bila dapat arahan dari boss untuk membuat keluaran khas majalah UJANG sempena sambutan tahun baru masehi 2000 dan masuk ke alaf baru milinium, kepala hotak bejambul gua trus *pling! nak buat satu kisah yang dah lama gua nak buat. Ni la masanya untuk gua melaksanakan impian gua tu. Sibuk sangat la kononnya dengan cerita Bersama Selamanya dan pengurusan sampai tetangguh nak buat kisah ni! Alasan!
Gua melukis cerita ni dengan sepenuh jiwa raga dan ghairah!Gua tak kisah kalo sahabat semua tak suka, benci, meluat, pengsan atau muntah darah dengan kisah ni.
Cerita ni gua buat SEPULUH tahun yang lalu. Kisahnya telah dilupakan kerana tak menarik untuk diingat. Ia bukan kisah cintan cintun remaja. Tak best manapun. Suatu hari pada tahun lepas, sorang sahabat, mr. Aidilangelo aidilangelo.com telah mengirimkan salinan cerita ni pada gua. ARGHH! Rasa sungguh terharu dan seronok dapat tengok dan baca balik cerita ni. Eee… seronoknye! Ini adalah cerita yang sangat gua suka dalam banyak karya yang gua hasilkan selama ni. Mr. Aidilangelo sangat meminati karya ini dan menyimpannya dengan baik. Terima kasih mr. Aidilangelo. Gua tampal kat sini kerana ada sorang dua peminat yang bertanyakan pasal cerita ni. Gua terharu. “ Ada gak yang suka dan ingat pada cerita ni rupanya walau SEPULUH tahun telah berlalu!”.
Pada yang suka, selamat menikmati semula kisah “MAK” yang pernah dinikmati SEPULUH tahun dahulu. Ini untuk korang. Pada yang belum pernah melihat, membaca dan menikmatinya, selamat menikmati sekiranya sudi. Pada yang meluat, karya ni bukan untuk korang. Jangan baca!
Sepuluh tahun dahulu…
Terima kasih mak… cerita ni telah diterbitkan dalam majalah UJANG keluaran 01 01 2000
“ Brader Gayour, lukiskan ilustrasi untuk cover I Luv Islam”, ujar encik Pian ( wartawan tabloid I Luv Islam ) pada gua di suatu pagi berminggu yang lalu. “ Lukis cover I Luv Islam. Biar betul ni Pian?”. Betul la. Keluaran ni editor nak tukar cover. Nak gunakan lukisan plak. Tegas beliau lagi. Begitulah mulanya gua mendapat tugasan melukis untuk cover tabloid I Luv Islam bilangan 30, keluaran 01 Oktober – 07 Oktober 2010 / 22 – 28 Syawal 1431H yang lalu. Sejak mula diterbitkan, tabloid ni menggunakan rakaman photo untuk cover. Keluaran ni buat kali pertama menggunakan ilustrasi sebagai cover. Penghormatan pada gua dan sumbangan untuk Islam melalui lukisan.
Setelah encik Pian menerangkan konsep cover dan tajuk utama untuk keluaran ni, gua mengangguk ngangguk tanda faham dan hangguk kepala pasal layan Slayer – Sonisphere Festival. HEH! Trus buat beberapa lakaran tanpa betangguh. Jadikan amalan mulia tidak bertangguh dalam melakukan tugasan ya saudara dan saudari. Tugasan ni membuatkan gua tak senang duduk. Kena buat sekarang gak! Ni lakaran pertama untuk cover konsep RUMAH TERBUKA I Luv Islam yang tebayang kat kepala hotak gua.
Rasa tak best lakaran pertama. Bukan ni yang gua nak. Trus buat lakaran kedua. Lebih jelas gambaran lokasi. Rasa dah okey dah ni. Pian kata, gambaran orang lelaki dan perempuan sedang bersalaman kat depan rumah. Rumah kampung. Perlu cari rujukan rumah kampung? Yeah! Memang tu yang sebaiknya saudara dan saudari. Bahan rujukan sangat penting untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Jangan main belasah ikut kepala hotak! Tapi hampir semua orang masih beranggapan, lukis rumah Melayu tradisional mudah, senang. Tak payah cari atau guna rujukan. Lukis itu mudah, lukis ini senang. Semua senang. Lukis ikut ingat dan rasa!
Tak puas hati dengan dua lakaran. Buat lagi satu lah. Ni lakaran ketiga. Jadi kebiasaan gua, melakar lebih dari satu untuk cover untuk mendapatkan yang terbaik. Semua lakaran ni ditunjukkan pada editor baru I Luv Islam, saudara Saharom untuk melihat dan memilih mana yang menepati konsep dan tajuk yang akan dibuat. Nampak membazir, buang masa, buang karan, buat penat fakir idea tapi hanya satu yang dipilih. Apa lebih, apa kebaikan, apa manfaatnya membuat lebih dalam mencari yang terbaik. Kenapa tak buat satu je?
1-Bila kita memberi/mengeluarkan lebih apa yang kita ada ( idea ), idea tidak akan habis sebaliknya akan bertambah, bekembang dan makin berkualiti.
2-Kita akan jadi makin mahir dalam mencari dan mengeluarkan idea.
3-Makin yakin dengan kemampuan diri.
4-Tak kedekut idea dan sedia membantu.
5-Sentiasa bersedia dengan pelbagai idea dan cadangan.
6-Tiga idea lebih baik dari satu.
7-Kita jadi seorang yang pemurah dengan idea. Orang nak satu tapi kita bagi tiga. Kita bagi satu, Allah akan balas sepuluh!
Setelah dilihat oleh encik editor, beliau memilih lakaran nombor dua. Gua trus melakar balik dengan kemas dan melukis. Ilustrasi ni gua lukis menggunakan kertas murah Layout Pad A3,brush mahalWindsor & Newton( HEH! ) dan Holbein Special Black Drawing Ink.
Lepas siap trus bagi pada encik Faiz, digital colourist untuk diwarnakan. Ikutkan hati, gua nak warnakan cara manual. Tapi biasanya pelanggan kitorang ( majalah-majalah terbitan Karangkraf seperti I Luv Islam ) lebih suka warna digital untuk ilustrasi dalam majalah mereka. Masa dah berubah. Zaman makin canggih. Semua dah beralih ke digital, warna manual tak diperlukan lagi. Tinggallah gua bejuta tahun ke belakang sebagai pengamal tegar warna manual. Hasil warna digital untuk cover I Luv Islam yang dah siap.
Ni la hasilnya setelah dihias oleh pereka bentuk I Luv Islam. Tak payah la susah-susah cari keluaran ni. Dah tak ada dah! Gua seronok melukis cover ni. Sekarang ia jadi antara bahan dalam penerangan pada pelawat bagaimana proses cover dibuat dan bagai mana gua melukis. Harap faham ya saudara saudari semua. Korang penah dengar, nampak, beli atau baca ke tabloid I Luv Islam ni? Tabloid ni antara produk terbaru Karangkraf. Terbit seminggu sekali setiap hari Jumaat. “Tak penah tengokpun. Dengarpun tak penah. Baru hari ni tau. Eee…menakotkan, tabloid apa tu? “ Tak apa la. Tak rugi dan menjejaskan kehidupan. Makan tetap selera!
Hari tu gua diinterview untuk kuaran hari Sabtu sokabar Berita Harian dalam ruangan XY Di Sebalik Nama. Masa wartawan tu call gua buat temujanji untuk interview dan amik gambo, beliau mintak gua sediakan lukisan/kartun baru dan lama ( kalo boleh ).
Mana gua nak carik kartun-kartun lama gua ya? Oh yeah! Ada-ada! Kena selongkar balik kotak-kotak khazanah nampaknya.
Tetiba gua tefikir sesuatu yang lebih baik sebagai bahan tambahan. Emm…apa kata kalo gua lukis balik karekter-karekter kartun oldskool yang dah lama gua tak lukis. Encik wartawan tu ada tanya pasal kartun-kartun lama. Masa yang baik untuk gua lukis semula karekter-karekter yang bertahun-tahun lamanya bersama gua.
Sungguh seronok bila dapat lukis kembali “kawan lama”. Gua tesegeh gumbira masa melukis karekter BLACK, sahabat kamceng SLASH. Ramai gak yang tanya; “ oi, brader Gayour, siapa Black tu?”. Gua sengeh je. Begini kisahnya untuk pengetahuan semua peminat BLACK.Watak ini gua cipta khas sebagai tribute pada sahabat-sahabat hippies gua kat kampong ( Bahau Negeri Sembilan Darul Khusus ) dulu. Gua punya ramai kawan-kawan pengikut budaya hippies. Guapun tak tau apasal kebanyakan kawan gua pengikut hippies. Semua jeans bootcut, rambut cakar belah tengah, baju kurta… tapi seronok punya kawan-kawan yang belainan personaliti. Kita tetap kawan! Masa tu gua memang sedang mencari-cari karekter sebagai member Slash. Apa kata gua cipta/buat karekter member-member hippies gua? Terciptalah BLACK!
Memang gua rancang nak mengabungkan semua karekter utama yang telah lama gua “tinggalkan” dalam lakaran ni. Sungguh seronok dapat lukis balik Mat Tepet, Dollah, Din Senget, Pet, Amar dan Slash. Ramai gak yang tanya, “oi brader Gayour, kenapa tak lukis Bersama Selamanya balik. Kenapa tak lukis Slash balik?”
Semua watak dan cerita yang gua cipta sedayanya ni hanya tinggal kenangan…
Harap lakaran ni bisa membuatkan peminat-peminat SLASH dan BERSAMA SELAMANYAtersengeh sket. Pada yang tak tahu, tak kenal, tak baca majalah humor tempatan, dari kiri pengikut hippies tegar dan seorang pelukis, saudara BLACK. Sebelah beliau juga pengikut fesyen hippies dari siri Bersama Selamanya, encikDOLLAH. Diikuti oleh saudara MAT TEPET ( Rapid Fire Drummer ) yang sangat popular, disukai, diingati, dibenci dan peminat hardcore beliau selalu minta gua lukis beliau. Yang tengah sekali, karekter paling awal gua cipta pada pemulaan gua sebagai seorang pelukis kartun di zaman Tyrannosaurus Rex merajai dunia dulu iaitu SLASH. Hingga ke hari ini, peminat oldskool akan minta gua lukis karekter SLASH. Gua dengan seronok akan memenuhi pemintaan. Diikuti oleh DIN SEGET, pemain gitar utamaband FOREVER dalam siri Bersama Selamanya. Sebelahnya tak lain dan tak bukan, the one and only, hero siri Bersama Selamanya, MR. AMAR. Ramai yang benci dan ramai gak yang suka pada watak Amar. HEH! Yang terakhir, Mr. Incredible PET. Selain Mat Tepet, ramai yang suka gua lakarkan PET menayangkan otot pejalnya!
Terima kasih pada yang pernah meminati cerita dan karekter yang gua cipta ni dulu. Gua sangat menghargainya.
Masa untuk mewarna plak. Cam ni la cara gua warnakan lukisan untuk pameran TAMPANNYA BUDI. Gua warna ikut selera dan kehendak hati tanpa merujuk pada mana-mana gambar atau lukisan. Belasah! Gua suka buat cam ni kerana itulah antara keseronokan semasa melukis atau mewarna! Kalau ada rujukan lagi bagus. Tapi... ah! Lantak la!
Gua hanya menggunakan warna air untuk mewarna lukisan TAMPANNYA BUDI gua ni. Tak la hebat cam pelukis lain yang menggunakan arkilik atau cat minyak. Gua lebih selesa, suka dan seronok menggunakan warna air. Mula-mula warnakan bahagian kulit ya murid-murid.
Sebenarnya tak ada syarat utama yang mesti dibuat/ikut untuk mula mewarna. Boleh mula atau belasah kat manapun ikut suka. Nak mula dari warna kulit, pokok, batu, dinding rumah, rambut, tanah atau latarbelakang. Buat la ikut suka ya murid-murid seperti langkah kedua ni, gua warna latarbelakang plak! Sekiranya ada peraturan/displin masa mewarna, mesti warna tanah dulu misalnya... gua tak akan ikut kerana gua sedang berseronok dengan cara gua!
Seperti yang biasa gua kata, berseronok la masa melukis temasuk mewarna kerana antara sebab lukisan tak jadi atau tak cantik atau rosak adalah kerana tak seronok membuatnya! Kalo tak seromok masa melukis atau mewarna, ada dua pilihan. Yang pertama teruskan dengan dendam di hati dan yang kedua, jangan teruskan. Berhenti!
Berhenti dan buat la benda lain dulu. Jangan teruskan kerana ia pasti menyakitkan hati! Hasilnya pasti tak best atau paling teruk lukisan jadi rosak. Kalo menggunakan arkilik, boleh la tampal kat mana yang salah atau ubah bahagian yang tak disuka. Tapi kalo guna warna air, susah sket nak tampal. Mungkin tak boleh nak diperbaiki, habih jahanam! Kena buat baru. Pasal tu jangan teruskan.
Perancangan awal memang gua nak buat atau gambarkan adegan tempurpada hari malam. Sumber cahaya hanya dari api obor. Pasal tu gua warnakan latarbelakang dengan warna kuning. Senang nak warnakan kulit kerana kulit dan latarabelakang dari asas warna yang sama. Warna kulit dan terus ditilkan. Ni yang gua suka!
Gambaran ditil latarbelakang ( nampak lakaran dinding rumah ? ) dan bayang pada bahagian tubuh. Bayang dan cahaya sangat penting dibuat dengan tepat dan bersungguh untuk menggambarkan suasana dan mood.
Gambaran mood yang tepat adalah penting untuk mengambar/menaik/menghidupkan suasana kejadian. Mood mesti jelas dan 'hidup' agar dapat 'dirasai' oleh siapa yang melihat. Selain itu, gambaran mood dikuatkan lagi dengan mimik muka dan pergerakan.
Tinggalkan kedua pendekar muda yang sedang betikam. Masa untuk bemain dengan warna yang lain plak. Kan ada banyak warna-warna kehidupan, jangan abaikan. Berseronok! Merah, biru dan unggu untuk pakaian Tuan Panglima Utama!
Memang sengaja gua buat warna yang belawanan antara kedua objek utama dalam lukisan ni. Satu dalam mood warna harmoni walau sedang begasak! Satu lagi penuh ceria. Itulah kehidupan!
Masa untuk menditilkan semua bahagian pada pakaian,samping, corak dan kulit. Gua suka buat corak pada baju tu. Cari gak rujukan. Tapi leceh la. Tak tau nak tiru yang mana. Buat sendiri lagi senang! Tu la hasilnya. HEH!
Latarbelakang masih lagi tak berusik. Leka sangat mengerjakan pakaian. Cuma gua tambah warna kuning.
Beralih pada kedua pendekar muda, warnakan pendekar yang kedua ( kanan sekali ) dan terus ditilkan. Kenapa gua buat cam ni. Melompat sana, melompat sini masa mewarna. Kenapa tak warna semua pada sesuatu bahagian? Lagi sekalai gua ulangi untuk makluman murid-murid semua… keseronokan! Gua tak sabar nak warna bahagian tu lepas warna bahagian ni. Tu yang melompat sana sini.
Selain tu, Guru Utama yang bediri tecegat dari tadipun dah mula gua ditilkan. Rumah kat belakang tu memberitahu kat mana adegan tikam menikam ni berlaku. Ia belaku kat tengah lamanrumah, bukan dalam rumah! Api obor juga telah menyala. Nampak?
Hampir nak siap dah ni. Tinggal bahagian tu dan bahagian ni saja yang perlu diditilkan.
Alhamdulillah, akhirnya siap gak lukisan untuk pameran TAMPANNYA BUDI yang gua pulun buat tak sampai seminggu. Gua hanya melukis dan mewarna pada belah malam saja. Siang kerja. Azab gak. Sakit pinggang, tengkuk dan lenguh bahu. Tapi tak kisah tu . Yang penting gua tesengeh-sengeh bila tengok lukisan yang dah siap dan sedia untuk dihantar ke Balai Seni Lukis Negara. Tak sangka plak lukisan yang tak seberapa ni akan dipamerkan kat tempat elit yang hebat. Ah! Lantak la. Yang penting, gua berjaya buat dan siapkan lukisan ni.
Tiga minggu lepas gua pegi ambik balik lukisan ni kat Balai Seni Lukis Negara setelah tamatnya Pameran TAMPANNYA BUDI. Bila tengok balik lukisan tu rasa semangat taik ayam semacam. Tetiba kembang lubang idung nak lukis itu, nak lukis ini. Semangat tak memasal! Semangat cam ni yang tak boleh caya.Semangat konon. Pigi dah! Boleh blah! HEH! Kalo nak buat, terus buat. Jangan tunggu datangnye semangat taik ayam. Memang tak semangat sampai kesudah. Kena paksa diri. Baru jadi!
Ada beberapa pameran hebat sedang berlangsung kat galeri Balai Seni sekarang. Boleh la pergi kalo bekelapangan sebagai sokongan pada industri seni lukis tanahair.