Wednesday, August 19, 2009

PAPAN CERITA - HEROIC TRIO

LAKARAN LOG BOOK HEROIC TRIO

18 ZULKAEDAH 1430 – 06 NOV 2009


Apa yang perlu dibuat sebelum mula melukis? Menulis skrip. Ini yang paling penting atau paling utama yang perlu dibuat dulu. Cerita Log Book Heroic Trio ni ditulis oleh saudara Aguri. Beliau adalah mastermind cerita/komik ni. Ini merupakan projek pertama gua bekerjasama dengan penulis untuk menyertai pertandingan IPCC anjuran MDeC. Seblum ni semua cerita seperti Bersama Selamanya dan Apa Yang Aku Cari, gua yang tulis ceritanya sendiri.Masa untuk bekerjasama dengan orang lain plak. Ni la rupa lakaran yang gua buat untuk menyertai pertandingan IPCC.


Dapat saja skrip, gua tengok-tengok dulu. Tak trus baca. Dah tengok baru baca babak pertama LOG 1: SEBUAH SYAIR PAHLAWAN ( The One Warrior Epic ). Ada cakrawala, ada lawan-lawan. Uh! Uhh! Ada gigi tecabut, ada muka pecah dan paling best ada darah tesembur di mana-mana. Yeahh! Ni yang gua nak. DARAHHHHH! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEEE! Harharhar!


Dah abih baca, apa lagi trus melakar komik HEROIC TRIO ni dalam buku lakaran gua. Pelik jer rasanya bila melukis/melakar bepandukan skrip yang ditulis oleh orang lain. Gua kena faham dulu segala arahan, ikut dan buat! Mana-mana yang gua tak faham kena tanya penulis. Cam ni la bila kerja berpasukan. Gua kena biasakan diri bekeja cam ni kerana cara ni dah lama diamalkan di Jepun, Amerika dan Eropah. Kerjasama antara penulis dan pelukis. Langkah awal untuk membina temadun baru!


Melakar suatu yang baru adalah suatu yang menyeronokkan. Mudah, senang dan seronok. Gua selalu kata, berseronoklah masa melukis. Yeah! Gua sedang berseronok! Tapi ada sket masalah… yeah! Sket masalah. Ini adalah komik baru dan karekter baru. Masalahnya adalah, gua masih tekial-kial dan selalu lupa “rupa” ketiga-tiga karekter utama dalam komik ni. ARGHHH! Lemah minda tul. Masalah pada gua masa melakar!


Kenapa masalah ni terjadi padahal gua seronok melukisnya? Walau dah lama melukis, bila melukis suatu karekter baru, gua memang tak boleh ingat semua yang ada pada kareter baru tu. Kenapa? Kerana tak kenal, maka tak cinta. Itulah sebabnya. Tak kenal.Gua masih dalam proses mengenali setiap karekter yang gua cipta dalam projek komik ni. Takkan itupun jadi masalah? Yeah, memang masalah!


“Brader Gayour, boleh lukiskan AMAR, MAT TEPET, tu kawan dia yang badan besar tu… apa nama dia? Haa.. PET. Pas tu awek dia LIN”. Pemintaan dari peminat yang biasa gua terima. Semua karekter ni gua boleh lukis dengan mudah tanpa hilang ingatan cane rupa, personaliti dan gaya kerana gua sangat “mengenali” semua karekter ni. Hampir tujuh tahun gua “bersama” karekter-karekter ni di majalah UJANG dulu. Ia menjadi sebahagian dari hidup gua. Mereka hidup dalam diri gua hingga ke hari ini.


Sama cam karekter SLASH dan BLACK. Kedua karekter ni lebih lama lagi bersama gua. Dah lebih dua puluh tahun! Memang tidak ada masalah untuk gua lukis karekter-karekter ni kerana gua sangat “kenal, cinta dan kasih”pada mereka. Tapi lain sangat dengan karekter baru dalam projek komik LOG BOOK: HEROIC TRIO ni. ARGHHH! Gua memang sentiasa kena merujuk pada masterpieces karekter yang gua buat. Tetekan gua!


Align CenterInilah cabaran yang gua hadapi masa melakar sepuluh mukasurat sebagai syarat utama untuk peraduan anjuran MDeC ni dulu. Melukis tidak ada masalah ( alhamdulillah ) tapi apa yang nak dilukis tu yang jadi masalah! Kerana itu ( pada bakat-bakat baru ), adalah sangat penting untuk kita “mengenali” semua karekter yang kita cipta. Bukan saja kenal tapi sebaiknya kita suka, menyintai dan menyayangi “mereka”. Kenapa? Kerana dari kasih sayang itulah terhasilnya karekter yang baik, bermutu, cantik, comel, kuat, hebat dan disukai ramai! Kasih sayang akan menjadikan kita lebih bersemangat, bertanggungjawap dan jujur semasa berkarya. Walau hanya melukis kartun, komik atau animasi, kita mesti berkasih sayang masa membuatnya.

Selamat berseronok masa melakar!



LAKARAN HEROIC TRIO

LAKARAN AWAL
LOG BOOK - HEROIC TRIO RECORD
02 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 23 OGOS 2009

Ni la rupa lakaran awal yang gua buat untuk projek dan pertandingan IPCC yang gua dan Aguri masuk sebagai ILHAM STUDIO. Enjoy!

Watak utama dalam komik kitorang. FAI, YANA dan MARI. Yang terbang tu sang pari-pari LILIPUT.


Lakaran pertama karekter FAI. Belasah ikut hati! Memang cam ni la la biasa gua buat bila mencipta sesuatu karekter. Belasah ikut hati. Dari lakaran pertama ini la akan terciptanya karekter yang dikehendaki. Jadi pada semua yang ingin mencipta karekter kartun, komik atau apa saja, buat la sebanyaknya lakaran. Ia pasti membantu! Lagi satu, berseronok la masa melakar!

Ini adalah lakaran kedua, gua trus dapat karekter FAI. Aguri bersetuju dengan lakaran ini. tercipta la hero untuk komik dalam pertandingan yang kitorang nak masuk. YEAHHH! FAI diberi kuasa dan kehebatan melalui SARUNG TANGAN yang boleh membelasah siapa saja dengan kuasa kekuatan yang boleh meruntuhkan Gunung Kinabalu! Besedia untuk membelasah!

Selain bentuk tubuh badan/rupa karekter itu, kena gak mereka pakaian sekali. Dalam komik kitorang ni ada dua dunia. Kena la buat dua pakaian yang bebeza. Satu kat dunia sekarang dan satu lagi kat dunia perang hero ni. Semua ni perlu direka, perlu dilakar.

Ni la rupa karekter FAI di dunia sekarang. Seorang ahli pengakap. Boy Scout! LOSER!

Ni saja-saja berseronok masa melakar. Biasa kita dengar orang membuat alasan dengan bekata, “tak ada mood la!”. Ni la cara untuk membuatkan gua tak bekata begitu masa melakar dan mencipta karekter baru. Kadang-kadang ia membosankan gak kerana blum kenal dan jatuh cinta dengan watak/karekter tu. Masih tak ingat bentuk rambut, pakaian, kasut dan segala macam lagi. Jadi untuk berseronok dan bekenalan dengan karekter FAI, gua buat la beliau dalam aksi agresif ni. Ini perlu dibuat dalam proses ‘bekenalan’ dengan karekter.


Sorang lagi watak utama iaitu cik YANA yang merupakan ahli Persatuan Memanah kat kolej selain ahli pengakap. Jaguh memanah dalam persatuan dan diminati oleh ramai pelajar lelaki kat kolej. Lakaran awal YANA yang gua sendiri tak suka! Rejet!


Lakaran YANA setrusnya sebelum dapat apa yang kitorang nak terutama pada rekaan pakaian. Terus melakar! Dalam dunia fantasi, YANA mempunyai busar istimewa dan pastinya kehebatan luar biasa sebagai pemanah hebat untuk menjalankan tugasan dan menembusi kepala hotak musuh-musuh dengan anak panahnya! Jangan main-main dengan awek yang kelihatan tak boleh buat apa-apa ni.


Dunia komik kitorang ni ada dua. Kenyataan dan sedikit fantasi. Sedikit fantasi melalui watak sang pari-pari yang dinamakan LILIPUT. Biasa tengok watak ni dalam cerita fantasikan? Cara mudah untuk membeli jiwa pembaca/peminat atau siapa saja melalui watak kiut ni. Cipta saja watak yang kiut miut, ada la yang tededik-gedik suka. Kami mengambil sang pari-pari ni sebagai satu watak penyeri. Beberapa lakaran mencari mana yang bekenan di hati. Yang mana satu atau rejet semua?


Lakaran pertama karekter MARI. Seorang pemain pedang yang mahir dan hebat. Bila dia hebat, pastinya ada lawan yang lebih luar biasa hebat. Kat mana-manapun begitu. Kita rasa dah hebat dah, jangan lupa ada lagi yang lebih hebat dari kita! Lakaran ni memang hampeh! Buat yang lain!


Lihat perubahan yang gua buat pada lakaran watak MARI ni. Ini yang dipilih untuk karekter MARI dalam komik kitorang. Jangan berhenti melakar untuk mendapatkan karekter yang dikehendaki. Buat banyak-banyak. Belajar betul-betul mengenai watak ni. Cintai dia, kasihi dia!


Mereka bertiga adalah ahli Persatuan Pengakap kat kolej mereka. MARI dengan seragam pengakap di dunia sekarang. Selain menyertai Persatuan Pengakap, MARI merupakan seorang ahli KENDO ( Way of The Sword ) dan telah belatih sejak dari kecil lagi seni bela diri dari Jepun ni.

Lakaran watak jahat la plak. Salah satu dari tiga SAPIT BERSAUDARA yang merupakan musuh utama tiga hero dan pembunuh upahan yang hebat. Ni lakaran awal. Aguri bersetuju dengan lakaran ni, tapi akan ada beberapa perubahan yang akan dilakukan. Gua biasa begitu. Tak akan trus ambil dan bepuas hati! Cari lagi yang lebih baik. Seronok mencipta watak ni kerana boleh melukis anatomi yang bagak!


Satu lagi watak dari SAPIT BERSUDARA yang tiada belas dalam menjalankan tugasan yang diberi! Setiap ahli SAPIT BERSAUDARA mempunyai kepakaran tersendiri dalam menggunakan senjata. Mencipta senjata juga suatu yang menyeronokkan. Biasa gua merasa tak puas hati melihat ciptaan senjata pada sesuatu karekter. " Apasal la senjatanya cam tu?" Ni la masanya gua mencipta senjata yang gua kehendaki!


Serangan maut dari SAPIT BERSAUDARA pada tiga hero yang hampir meragut nyawa!



BIG BANG! Semua ni adalah lakaran awal masa gua dapat skrip dari Aguri. Semua bahagian penciptaan karekter, pakaian, lokasi/tempat, senjata dan seni pertarungan dalam komik ni diserahkan pada gua untuk memikir, membuat dan menciptanya. Sungguh seronok membuat suatu yang baru ni! Cuma bahagian senjata tiga hero iaitu PEDANG dan BUSAR PANAH dicipta oleh Aguri. Gua hanya mengemaskan saja.


Ni la sebahagian dari lakaran-lakaran yang gua buat dalam proses penciptaan karekter untuk komik kitorang dalam IPCC Comic Competition yang lalu. Ada banyak lagi lakaran. Tak larat nak scan.

Akan datang, gua akan dedahkan plak pasal papan cerita ( story board ) komik LOG BOOK- HEROIC TRIO RECORD untuk IPCC Comic Competition. Sila klik kat sini untuk mengetahui senopsis cerita, pasal ILHAM STUDIO dan entah apa ke benda lagi.


Friday, August 14, 2009

COVER PERTAMA

COVER PERTAMA

23 SYAABAN 1430 HIJRAH – 14 OGOS 2009


Setelah visi pertama gua iaitu kartun diterima dan disiarkan dalam majalah Geli Hati pada tahun 1985 terlaksana dengan jayanya, gua memasang visi seterusnya iaitu untuk membuat COVER pulak! Itu visi terbaru gua masa tu. Ia seakan mustahil akan terlaksana pada pendatang baru dalam industri kartun tanahair. Sapa nak bagi. Gua siapa. Siapa yang kenal gua? Ini adalah satu cabaran. Sebenarnya ia bukan suatu yang mustahil untuk gua capai asalkan gua trus berusaha!


Untuk mendapat kepercayaan editor majalah Geli Hati masa tu bukan la mudah. Gua berusaha keras dan berdisplin tinggi setiap bulan dalam menyiap dan menghantar kartun. Hanya itu saja cara untuk mendapat peluang dan kepercayaan. Bukan cara membodek atau merasuah!


Akhirnya visi kedua gua menjadi kenyataan pada majalah Geli Hati keluaran 01 OGOS 1988, DUA PULUH SATU TAHUN yang lalu! Gua diberi kepercayaan oleh editor Geli Hati masa tu iaitu brader Kartekana ( sekarang ni bersama gua di didepartment ilustrasi ) untuk melukis cover dengan tema KURSUS KAWEN. Bukan saja visi gua menjadi kenyataan tapi cover ini sungguh bermakna dan bersejarah pada negara BolehLand!


Cover ni sebagai perakam sejarah negara mengenai permulaan kursus kawen yang menjadi syarat utama pada semua lelaki dan pompuan Islam yang tegedik nak kawen sejak tahun 1988 yang lalu hingga ke hari ini! Kursus dulu kalo nak kawen! Sungguh seronok dapat buat/lukis cover majalah Geli Hati. Ia satu pencapaian terbaik dan terhebat gua masa tu. Ia menjadi sejarah penting dalam penglibatan gua sebagai seorang kartunis hingga ke hari ini.


Adalah menjadi satu yang sangat bagus pada semua kartunis untuk mempunyai visi ( bukan menyimpan visi. kalo simpan, sampai ke sudah tak akan berjaya…. ) melukis cover pada mana-mana majalah humor yang disukai. Jangan hanya bepuas hati bila kartun diterima dan disiarkan. Bervisi lebih besar iaitu untuk melukis cover!

Gua sketch dan ink menggunakan brush. Kali pertama menggunakan brush pinjam mahal ( fines sable. Winsor & Newton ). Seronok sungguh! Tengok la kelemahan itu dan ini pada stroke gua. Cover ni diwarnakan oleh encik Labuair menggunakan Dr. Ph. Martin’s Radiant Concentrated Water Color. 01 OGOS 2009 yang lalu, genap la cover ni berusia DUA PULUH SATU TAHUN. Ini la cover yang gua buat untuk korang tengok dan nikmati. DUA PULUH SATU TAHUN telah berlalu dan ia menjadi sejarah. Sungguh indah bila dikenang...


' don't ask what u can do for ya country
ask what ur country can do for ya! ''
. take no prisoners.
MEGADETH

HAR!FRAGIN HAR!


Enjoy!