Tuesday, October 19, 2010

COVER I LUV ISLAM #30

COVER I LUV ISLAM


“ Brader Gayour, lukiskan ilustrasi untuk cover I Luv Islam”, ujar encik Pian ( wartawan tabloid I Luv Islam ) pada gua di suatu pagi berminggu yang lalu. “ Lukis cover I Luv Islam. Biar betul ni Pian?”. Betul la. Keluaran ni editor nak tukar cover. Nak gunakan lukisan plak. Tegas beliau lagi. Begitulah mulanya gua mendapat tugasan melukis untuk cover tabloid I Luv Islam bilangan 30, keluaran 01 Oktober – 07 Oktober 2010 / 22 – 28 Syawal 1431H yang lalu. Sejak mula diterbitkan, tabloid ni menggunakan rakaman photo untuk cover. Keluaran ni buat kali pertama menggunakan ilustrasi sebagai cover. Penghormatan pada gua dan sumbangan untuk Islam melalui lukisan.


Setelah encik Pian menerangkan konsep cover dan tajuk utama untuk keluaran ni, gua mengangguk ngangguk tanda faham dan hangguk kepala pasal layan Slayer – Sonisphere Festival. HEH! Trus buat beberapa lakaran tanpa betangguh. Jadikan amalan mulia tidak bertangguh dalam melakukan tugasan ya saudara dan saudari. Tugasan ni membuatkan gua tak senang duduk. Kena buat sekarang gak! Ni lakaran pertama untuk cover konsep RUMAH TERBUKA I Luv Islam yang tebayang kat kepala hotak gua.


Rasa tak best lakaran pertama. Bukan ni yang gua nak. Trus buat lakaran kedua. Lebih jelas gambaran lokasi. Rasa dah okey dah ni. Pian kata, gambaran orang lelaki dan perempuan sedang bersalaman kat depan rumah. Rumah kampung. Perlu cari rujukan rumah kampung? Yeah! Memang tu yang sebaiknya saudara dan saudari. Bahan rujukan sangat penting untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Jangan main belasah ikut kepala hotak! Tapi hampir semua orang masih beranggapan, lukis rumah Melayu tradisional mudah, senang. Tak payah cari atau guna rujukan. Lukis itu mudah, lukis ini senang. Semua senang. Lukis ikut ingat dan rasa!


Tak puas hati dengan dua lakaran. Buat lagi satu lah. Ni lakaran ketiga. Jadi kebiasaan gua, melakar lebih dari satu untuk cover untuk mendapatkan yang terbaik. Semua lakaran ni ditunjukkan pada editor baru I Luv Islam, saudara Saharom untuk melihat dan memilih mana yang menepati konsep dan tajuk yang akan dibuat. Nampak membazir, buang masa, buang karan, buat penat fakir idea tapi hanya satu yang dipilih. Apa lebih, apa kebaikan, apa manfaatnya membuat lebih dalam mencari yang terbaik. Kenapa tak buat satu je?

1- Bila kita memberi/mengeluarkan lebih apa yang kita ada ( idea ), idea tidak akan habis sebaliknya akan bertambah, bekembang dan makin berkualiti.

2- Kita akan jadi makin mahir dalam mencari dan mengeluarkan idea.

3- Makin yakin dengan kemampuan diri.

4- Tak kedekut idea dan sedia membantu.

5- Sentiasa bersedia dengan pelbagai idea dan cadangan.

6- Tiga idea lebih baik dari satu.

7- Kita jadi seorang yang pemurah dengan idea. Orang nak satu tapi kita bagi tiga. Kita bagi satu, Allah akan balas sepuluh!


Setelah dilihat oleh encik editor, beliau memilih lakaran nombor dua. Gua trus melakar balik dengan kemas dan melukis. Ilustrasi ni gua lukis menggunakan kertas murah Layout Pad A3, brush mahal Windsor & Newton ( HEH! ) dan Holbein Special Black Drawing Ink.


Lepas siap trus bagi pada encik Faiz, digital colourist untuk diwarnakan. Ikutkan hati, gua nak warnakan cara manual. Tapi biasanya pelanggan kitorang ( majalah-majalah terbitan Karangkraf seperti I Luv Islam ) lebih suka warna digital untuk ilustrasi dalam majalah mereka. Masa dah berubah. Zaman makin canggih. Semua dah beralih ke digital, warna manual tak diperlukan lagi. Tinggallah gua bejuta tahun ke belakang sebagai pengamal tegar warna manual. Hasil warna digital untuk cover I Luv Islam yang dah siap.


Ni la hasilnya setelah dihias oleh pereka bentuk I Luv Islam. Tak payah la susah-susah cari keluaran ni. Dah tak ada dah! Gua seronok melukis cover ni. Sekarang ia jadi antara bahan dalam penerangan pada pelawat bagaimana proses cover dibuat dan bagai mana gua melukis. Harap faham ya saudara saudari semua. Korang penah dengar, nampak, beli atau baca ke tabloid I Luv Islam ni? Tabloid ni antara produk terbaru Karangkraf. Terbit seminggu sekali setiap hari Jumaat. “Tak penah tengokpun. Dengarpun tak penah. Baru hari ni tau. Eee…menakotkan, tabloid apa tu? Tak apa la. Tak rugi dan menjejaskan kehidupan. Makan tetap selera!

sekian

Friday, March 5, 2010

SLASH SELAMANYA

LAKARAN XY DI SEBALIK NAMA

22 RABIUL AWWAL 1431H - 08 MAC 2010

Hari tu gua diinterview untuk kuaran hari Sabtu sokabar Berita Harian dalam ruangan XY Di Sebalik Nama. Masa wartawan tu call gua buat temujanji untuk interview dan amik gambo, beliau mintak gua sediakan lukisan/kartun baru dan lama ( kalo boleh ).

Mana gua nak carik kartun-kartun lama gua ya? Oh yeah! Ada-ada! Kena selongkar balik kotak-kotak khazanah nampaknya.

Tetiba gua tefikir sesuatu yang lebih baik sebagai bahan tambahan. Emm…apa kata kalo gua lukis balik karekter-karekter kartun oldskool yang dah lama gua tak lukis. Encik wartawan tu ada tanya pasal kartun-kartun lama. Masa yang baik untuk gua lukis semula karekter-karekter yang bertahun-tahun lamanya bersama gua.


Sungguh seronok bila dapat lukis kembali “kawan lama”. Gua tesegeh gumbira masa melukis karekter BLACK, sahabat kamceng SLASH. Ramai gak yang tanya; “ oi, brader Gayour, siapa Black tu?”. Gua sengeh je. Begini kisahnya untuk pengetahuan semua peminat BLACK. Watak ini gua cipta khas sebagai tribute pada sahabat-sahabat hippies gua kat kampong ( Bahau Negeri Sembilan Darul Khusus ) dulu. Gua punya ramai kawan-kawan pengikut budaya hippies. Guapun tak tau apasal kebanyakan kawan gua pengikut hippies. Semua jeans bootcut, rambut cakar belah tengah, baju kurta… tapi seronok punya kawan-kawan yang belainan personaliti. Kita tetap kawan! Masa tu gua memang sedang mencari-cari karekter sebagai member Slash. Apa kata gua cipta/buat karekter member-member hippies gua? Terciptalah BLACK!



Memang gua rancang nak mengabungkan semua karekter utama yang telah lama gua “tinggalkan” dalam lakaran ni. Sungguh seronok dapat lukis balik Mat Tepet, Dollah, Din Senget, Pet, Amar dan Slash. Ramai gak yang tanya, “oi brader Gayour, kenapa tak lukis Bersama Selamanya balik. Kenapa tak lukis Slash balik?”

Semua watak dan cerita yang gua cipta sedayanya ni hanya tinggal kenangan…

Harap lakaran ni bisa membuatkan peminat-peminat SLASH dan BERSAMA SELAMANYA tersengeh sket. Pada yang tak tahu, tak kenal, tak baca majalah humor tempatan, dari kiri pengikut hippies tegar dan seorang pelukis, saudara BLACK. Sebelah beliau juga pengikut fesyen hippies dari siri Bersama Selamanya, encik DOLLAH. Diikuti oleh saudara MAT TEPET ( Rapid Fire Drummer ) yang sangat popular, disukai, diingati, dibenci dan peminat hardcore beliau selalu minta gua lukis beliau. Yang tengah sekali, karekter paling awal gua cipta pada pemulaan gua sebagai seorang pelukis kartun di zaman Tyrannosaurus Rex merajai dunia dulu iaitu SLASH. Hingga ke hari ini, peminat oldskool akan minta gua lukis karekter SLASH. Gua dengan seronok akan memenuhi pemintaan. Diikuti oleh DIN SEGET, pemain gitar utama band FOREVER dalam siri Bersama Selamanya. Sebelahnya tak lain dan tak bukan, the one and only, hero siri Bersama Selamanya, MR. AMAR. Ramai yang benci dan ramai gak yang suka pada watak Amar. HEH! Yang terakhir, Mr. Incredible PET. Selain Mat Tepet, ramai yang suka gua lakarkan PET menayangkan otot pejalnya!


Terima kasih pada yang pernah meminati cerita dan karekter yang gua cipta ni dulu. Gua sangat menghargainya.



bersama selamanya