Tuesday, November 10, 2009

THE MAKING OF TAMPAN-WARNA

TAMPANNYA BUDI
BAHAGIAN DUA DARI DUA BAHAGIAN

Masa untuk mewarna plak. Cam ni la cara gua warnakan lukisan untuk pameran TAMPANNYA BUDI. Gua warna ikut selera dan kehendak hati tanpa merujuk pada mana-mana gambar atau lukisan. Belasah! Gua suka buat cam ni kerana itulah antara keseronokan semasa melukis atau mewarna! Kalau ada rujukan lagi bagus. Tapi... ah! Lantak la!

Gua hanya menggunakan warna air untuk mewarna lukisan TAMPANNYA BUDI gua ni. Tak la hebat cam pelukis lain yang menggunakan arkilik atau cat minyak. Gua lebih selesa, suka dan seronok menggunakan warna air. Mula-mula warnakan bahagian kulit ya murid-murid.


Sebenarnya tak ada syarat utama yang mesti dibuat/ikut untuk mula mewarna. Boleh mula atau belasah kat manapun ikut suka. Nak mula dari warna kulit, pokok, batu, dinding rumah, rambut, tanah atau latarbelakang. Buat la ikut suka ya murid-murid seperti langkah kedua ni, gua warna latarbelakang plak! Sekiranya ada peraturan/displin masa mewarna, mesti warna tanah dulu misalnya... gua tak akan ikut kerana gua sedang berseronok dengan cara gua!


Seperti yang biasa gua kata, berseronok la masa melukis temasuk mewarna kerana antara sebab lukisan tak jadi atau tak cantik atau rosak adalah kerana tak seronok membuatnya! Kalo tak seromok masa melukis atau mewarna, ada dua pilihan. Yang pertama teruskan dengan dendam di hati dan yang kedua, jangan teruskan. Berhenti!


Berhenti dan buat la benda lain dulu. Jangan teruskan kerana ia pasti menyakitkan hati! Hasilnya pasti tak best atau paling teruk lukisan jadi rosak. Kalo menggunakan arkilik, boleh la tampal kat mana yang salah atau ubah bahagian yang tak disuka. Tapi kalo guna warna air, susah sket nak tampal. Mungkin tak boleh nak diperbaiki, habih jahanam! Kena buat baru. Pasal tu jangan teruskan.


Add Image

Perancangan awal memang gua nak buat atau gambarkan adegan tempur pada hari malam. Sumber cahaya hanya dari api obor. Pasal tu gua warnakan latarbelakang dengan warna kuning. Senang nak warnakan kulit kerana kulit dan latarabelakang dari asas warna yang sama. Warna kulit dan terus ditilkan. Ni yang gua suka!


Gambaran ditil latarbelakang ( nampak lakaran dinding rumah ? ) dan bayang pada bahagian tubuh. Bayang dan cahaya sangat penting dibuat dengan tepat dan bersungguh untuk menggambarkan suasana dan mood.


Gambaran mood yang tepat adalah penting untuk mengambar/menaik/menghidupkan suasana kejadian. Mood mesti jelas dan 'hidup' agar dapat 'dirasai' oleh siapa yang melihat. Selain itu, gambaran mood dikuatkan lagi dengan mimik muka dan pergerakan.

Tinggalkan kedua pendekar muda yang sedang betikam. Masa untuk bemain dengan warna yang lain plak. Kan ada banyak warna-warna kehidupan, jangan abaikan. Berseronok! Merah, biru dan unggu untuk pakaian Tuan Panglima Utama!


Memang sengaja gua buat warna yang belawanan antara kedua objek utama dalam lukisan ni. Satu dalam mood warna harmoni walau sedang begasak! Satu lagi penuh ceria. Itulah kehidupan!


Masa untuk menditilkan semua bahagian pada pakaian,samping, corak dan kulit. Gua suka buat corak pada baju tu. Cari gak rujukan. Tapi leceh la. Tak tau nak tiru yang mana. Buat sendiri lagi senang! Tu la hasilnya. HEH!


Latarbelakang masih lagi tak berusik. Leka sangat mengerjakan pakaian. Cuma gua tambah warna kuning.

Beralih pada kedua pendekar muda, warnakan pendekar yang kedua ( kanan sekali ) dan terus ditilkan. Kenapa gua buat cam ni. Melompat sana, melompat sini masa mewarna. Kenapa tak warna semua pada sesuatu bahagian? Lagi sekalai gua ulangi untuk makluman murid-murid semua… keseronokan! Gua tak sabar nak warna bahagian tu lepas warna bahagian ni. Tu yang melompat sana sini.


Selain tu, Guru Utama yang bediri tecegat dari tadipun dah mula gua ditilkan. Rumah kat belakang tu memberitahu kat mana adegan tikam menikam ni berlaku. Ia belaku kat tengah laman rumah, bukan dalam rumah! Api obor juga telah menyala. Nampak?


Hampir nak siap dah ni. Tinggal bahagian tu dan bahagian ni saja yang perlu diditilkan.

Alhamdulillah, akhirnya siap gak lukisan untuk pameran TAMPANNYA BUDI yang gua pulun buat tak sampai seminggu. Gua hanya melukis dan mewarna pada belah malam saja. Siang kerja. Azab gak. Sakit pinggang, tengkuk dan lenguh bahu. Tapi tak kisah tu . Yang penting gua tesengeh-sengeh bila tengok lukisan yang dah siap dan sedia untuk dihantar ke Balai Seni Lukis Negara. Tak sangka plak lukisan yang tak seberapa ni akan dipamerkan kat tempat elit yang hebat. Ah! Lantak la. Yang penting, gua berjaya buat dan siapkan lukisan ni.


Tiga minggu lepas gua pegi ambik balik lukisan ni kat Balai Seni Lukis Negara setelah tamatnya Pameran TAMPANNYA BUDI. Bila tengok balik lukisan tu rasa semangat taik ayam semacam. Tetiba kembang lubang idung nak lukis itu, nak lukis ini. Semangat tak memasal! Semangat cam ni yang tak boleh caya.Semangat konon. Pigi dah! Boleh blah! HEH! Kalo nak buat, terus buat. Jangan tunggu datangnye semangat taik ayam. Memang tak semangat sampai kesudah. Kena paksa diri. Baru jadi!

Ada beberapa pameran hebat sedang berlangsung kat galeri Balai Seni sekarang. Boleh la pergi kalo bekelapangan sebagai sokongan pada industri seni lukis tanahair.


terima kasih atas

TAMPANNYA BUDI



Sunday, October 25, 2009

THE MAKING OF TAMPANNYA

LAKARAN TAMPANNYA BUDI

BAHAGIAN SATU DARI DUA BAHAGIAN

01 ZULHIJJAH 1430H – 18 NOVEMBER RAIN 2009


Pameran TAMPANNYA BUDI dah lama berambus seperti angin yang berhembus. Tak kisah la tu, biarkan beliau berambus! Sebelum belangsungnya pameran, kena buat lukisan dulu. Gua dedahkan kat sini proses membuat/melukis untuk pameran tu. Gua hanya membuat sedikit kajian sebelum mula membuat lakaran/lukisan untuk pameran Tampannya Budi. Kajian mengenai pakaian istana, pahlawan hingga ke rakyat kebanyakan. Sedikit mengenai gerakan pencak silat menggunakan keris. Itu saja. Yang lain gua belasah sendiri ikut tema yang diberi. Gua tak buat lakaran kat buku lakaran seperti yang biasa gua buat. Tak tau apasal, trus lakar kat kertas lukisan dan warna.

Gua lakar tak lama dan tak padam-padampun. Lakar dengan penuh bergaya dan yakin! Apa nak kisah kalo salah. Ini karya gua. Belasah ikut suka! Rujukan yang ada gua tak ikut sangat. Leceh! Tak bebas. Apa hal nak ikut tepat-tepat rujukan tu. Ni hanya lukisan dan mesti rasa seronok masa membuatnya.


Ni kira karya paling besar pernah gua hasilkan setakat ni. Memang tak boleh lawan karya pelukis lain yang lebih besar gedabak lukisan diorang! Ah, lantak la! Ini sebagai permulaan. Mana tau akan datang gua boleh menghasilkan karya sebesar dinding bangunan Daya Bumi. Daya Bumi? Tempat lepak tersohor pada tahun 80an dulu selain Pasar Seni.

Masa ni tinggal lebih kurang seminggu lagi ke tarikh akhir untuk menghantar ke Balai Seni Lukis Negara. Tu antara sebab gua melakar dengan penuh keyakinan dan tidak peduli dengan kesilapan!


Tekanan memang terasa sangat masa ni kerana gua memang bersungguh nak masuk dalam pameran Tampannya Budi. Peluang untuk gua mempamerkan karya kat tempat elit dan hebat! Mana nak dapat peluang ni. Lagipun gua nak lawan encik Padi yang nak menghantar karya beliau ke pameran tu. Cis! Mana boleh bagi peluang kat beliau sorang-sorang! Lawan! Belasah! Tumbuk perut! It’s clobberin time!


Walau terasa azab, gua trus melakar dan menyiapkan lakaran dalam satu malam! Sebenarnya tak la susah mana nak melakar, yang agak mencabar adalah ukuran kertas yang besar. Biasa gua melukis dalam ukuran A3, ni hampir sebesar meja! ARGHHH!


Kadang-kadang gua memang cam ni dalam menghasilkan karya. Tak perlu membuat lakaran dulu dalam buku lakaran. Trus buat kat kertas yang akan digunakan. Gua percaya pada suatu yang ada pada diri gua iaitu KEYAKINAN.


Keyakinan yang perlu dikeluarkan pada bila-bila masa dan dimasa yang betul. Masa ni la keyakinan yang selalu sangat dikata tu dibuktikan. Ia memang “mencemaskan” kerana masa ni keputusan yang gua buat tanpa melakar secara kasar dulu ada tepat. Kalau tak, habih hancus. Ia merosakkan segala yang dirancang. Masa tak banyak lagi. Ponek yo kono buek balik! Kalau lomah semangat, memang tak buat lagi dah! Kadang-kadang gua suka melakukan tindakan cam ni. Ketepatan mempuat keputusan adalah pengalaman paling berharga. Ia adalah pengalaman hebat. Lakukan sendiri untuk merasainya! Keyakinan pasti betambah.


Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesungguhan, dapat gak gua menyiapkan lakaran untuk pameran Tampannya Budi. Lenguh gak tangan tapi pueh ati den! Sedia untuk mewarna dalam pendedahan akan datang!


Wednesday, August 19, 2009

PAPAN CERITA - HEROIC TRIO

LAKARAN LOG BOOK HEROIC TRIO

18 ZULKAEDAH 1430 – 06 NOV 2009


Apa yang perlu dibuat sebelum mula melukis? Menulis skrip. Ini yang paling penting atau paling utama yang perlu dibuat dulu. Cerita Log Book Heroic Trio ni ditulis oleh saudara Aguri. Beliau adalah mastermind cerita/komik ni. Ini merupakan projek pertama gua bekerjasama dengan penulis untuk menyertai pertandingan IPCC anjuran MDeC. Seblum ni semua cerita seperti Bersama Selamanya dan Apa Yang Aku Cari, gua yang tulis ceritanya sendiri.Masa untuk bekerjasama dengan orang lain plak. Ni la rupa lakaran yang gua buat untuk menyertai pertandingan IPCC.


Dapat saja skrip, gua tengok-tengok dulu. Tak trus baca. Dah tengok baru baca babak pertama LOG 1: SEBUAH SYAIR PAHLAWAN ( The One Warrior Epic ). Ada cakrawala, ada lawan-lawan. Uh! Uhh! Ada gigi tecabut, ada muka pecah dan paling best ada darah tesembur di mana-mana. Yeahh! Ni yang gua nak. DARAHHHHH! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEEE! Harharhar!


Dah abih baca, apa lagi trus melakar komik HEROIC TRIO ni dalam buku lakaran gua. Pelik jer rasanya bila melukis/melakar bepandukan skrip yang ditulis oleh orang lain. Gua kena faham dulu segala arahan, ikut dan buat! Mana-mana yang gua tak faham kena tanya penulis. Cam ni la bila kerja berpasukan. Gua kena biasakan diri bekeja cam ni kerana cara ni dah lama diamalkan di Jepun, Amerika dan Eropah. Kerjasama antara penulis dan pelukis. Langkah awal untuk membina temadun baru!


Melakar suatu yang baru adalah suatu yang menyeronokkan. Mudah, senang dan seronok. Gua selalu kata, berseronoklah masa melukis. Yeah! Gua sedang berseronok! Tapi ada sket masalah… yeah! Sket masalah. Ini adalah komik baru dan karekter baru. Masalahnya adalah, gua masih tekial-kial dan selalu lupa “rupa” ketiga-tiga karekter utama dalam komik ni. ARGHHH! Lemah minda tul. Masalah pada gua masa melakar!


Kenapa masalah ni terjadi padahal gua seronok melukisnya? Walau dah lama melukis, bila melukis suatu karekter baru, gua memang tak boleh ingat semua yang ada pada kareter baru tu. Kenapa? Kerana tak kenal, maka tak cinta. Itulah sebabnya. Tak kenal.Gua masih dalam proses mengenali setiap karekter yang gua cipta dalam projek komik ni. Takkan itupun jadi masalah? Yeah, memang masalah!


“Brader Gayour, boleh lukiskan AMAR, MAT TEPET, tu kawan dia yang badan besar tu… apa nama dia? Haa.. PET. Pas tu awek dia LIN”. Pemintaan dari peminat yang biasa gua terima. Semua karekter ni gua boleh lukis dengan mudah tanpa hilang ingatan cane rupa, personaliti dan gaya kerana gua sangat “mengenali” semua karekter ni. Hampir tujuh tahun gua “bersama” karekter-karekter ni di majalah UJANG dulu. Ia menjadi sebahagian dari hidup gua. Mereka hidup dalam diri gua hingga ke hari ini.


Sama cam karekter SLASH dan BLACK. Kedua karekter ni lebih lama lagi bersama gua. Dah lebih dua puluh tahun! Memang tidak ada masalah untuk gua lukis karekter-karekter ni kerana gua sangat “kenal, cinta dan kasih”pada mereka. Tapi lain sangat dengan karekter baru dalam projek komik LOG BOOK: HEROIC TRIO ni. ARGHHH! Gua memang sentiasa kena merujuk pada masterpieces karekter yang gua buat. Tetekan gua!


Align CenterInilah cabaran yang gua hadapi masa melakar sepuluh mukasurat sebagai syarat utama untuk peraduan anjuran MDeC ni dulu. Melukis tidak ada masalah ( alhamdulillah ) tapi apa yang nak dilukis tu yang jadi masalah! Kerana itu ( pada bakat-bakat baru ), adalah sangat penting untuk kita “mengenali” semua karekter yang kita cipta. Bukan saja kenal tapi sebaiknya kita suka, menyintai dan menyayangi “mereka”. Kenapa? Kerana dari kasih sayang itulah terhasilnya karekter yang baik, bermutu, cantik, comel, kuat, hebat dan disukai ramai! Kasih sayang akan menjadikan kita lebih bersemangat, bertanggungjawap dan jujur semasa berkarya. Walau hanya melukis kartun, komik atau animasi, kita mesti berkasih sayang masa membuatnya.

Selamat berseronok masa melakar!