Wednesday, August 19, 2009

PAPAN CERITA - HEROIC TRIO

LAKARAN LOG BOOK HEROIC TRIO

18 ZULKAEDAH 1430 – 06 NOV 2009


Apa yang perlu dibuat sebelum mula melukis? Menulis skrip. Ini yang paling penting atau paling utama yang perlu dibuat dulu. Cerita Log Book Heroic Trio ni ditulis oleh saudara Aguri. Beliau adalah mastermind cerita/komik ni. Ini merupakan projek pertama gua bekerjasama dengan penulis untuk menyertai pertandingan IPCC anjuran MDeC. Seblum ni semua cerita seperti Bersama Selamanya dan Apa Yang Aku Cari, gua yang tulis ceritanya sendiri.Masa untuk bekerjasama dengan orang lain plak. Ni la rupa lakaran yang gua buat untuk menyertai pertandingan IPCC.


Dapat saja skrip, gua tengok-tengok dulu. Tak trus baca. Dah tengok baru baca babak pertama LOG 1: SEBUAH SYAIR PAHLAWAN ( The One Warrior Epic ). Ada cakrawala, ada lawan-lawan. Uh! Uhh! Ada gigi tecabut, ada muka pecah dan paling best ada darah tesembur di mana-mana. Yeahh! Ni yang gua nak. DARAHHHHH! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEEE! Harharhar!


Dah abih baca, apa lagi trus melakar komik HEROIC TRIO ni dalam buku lakaran gua. Pelik jer rasanya bila melukis/melakar bepandukan skrip yang ditulis oleh orang lain. Gua kena faham dulu segala arahan, ikut dan buat! Mana-mana yang gua tak faham kena tanya penulis. Cam ni la bila kerja berpasukan. Gua kena biasakan diri bekeja cam ni kerana cara ni dah lama diamalkan di Jepun, Amerika dan Eropah. Kerjasama antara penulis dan pelukis. Langkah awal untuk membina temadun baru!


Melakar suatu yang baru adalah suatu yang menyeronokkan. Mudah, senang dan seronok. Gua selalu kata, berseronoklah masa melukis. Yeah! Gua sedang berseronok! Tapi ada sket masalah… yeah! Sket masalah. Ini adalah komik baru dan karekter baru. Masalahnya adalah, gua masih tekial-kial dan selalu lupa “rupa” ketiga-tiga karekter utama dalam komik ni. ARGHHH! Lemah minda tul. Masalah pada gua masa melakar!


Kenapa masalah ni terjadi padahal gua seronok melukisnya? Walau dah lama melukis, bila melukis suatu karekter baru, gua memang tak boleh ingat semua yang ada pada kareter baru tu. Kenapa? Kerana tak kenal, maka tak cinta. Itulah sebabnya. Tak kenal.Gua masih dalam proses mengenali setiap karekter yang gua cipta dalam projek komik ni. Takkan itupun jadi masalah? Yeah, memang masalah!


“Brader Gayour, boleh lukiskan AMAR, MAT TEPET, tu kawan dia yang badan besar tu… apa nama dia? Haa.. PET. Pas tu awek dia LIN”. Pemintaan dari peminat yang biasa gua terima. Semua karekter ni gua boleh lukis dengan mudah tanpa hilang ingatan cane rupa, personaliti dan gaya kerana gua sangat “mengenali” semua karekter ni. Hampir tujuh tahun gua “bersama” karekter-karekter ni di majalah UJANG dulu. Ia menjadi sebahagian dari hidup gua. Mereka hidup dalam diri gua hingga ke hari ini.


Sama cam karekter SLASH dan BLACK. Kedua karekter ni lebih lama lagi bersama gua. Dah lebih dua puluh tahun! Memang tidak ada masalah untuk gua lukis karekter-karekter ni kerana gua sangat “kenal, cinta dan kasih”pada mereka. Tapi lain sangat dengan karekter baru dalam projek komik LOG BOOK: HEROIC TRIO ni. ARGHHH! Gua memang sentiasa kena merujuk pada masterpieces karekter yang gua buat. Tetekan gua!


Align CenterInilah cabaran yang gua hadapi masa melakar sepuluh mukasurat sebagai syarat utama untuk peraduan anjuran MDeC ni dulu. Melukis tidak ada masalah ( alhamdulillah ) tapi apa yang nak dilukis tu yang jadi masalah! Kerana itu ( pada bakat-bakat baru ), adalah sangat penting untuk kita “mengenali” semua karekter yang kita cipta. Bukan saja kenal tapi sebaiknya kita suka, menyintai dan menyayangi “mereka”. Kenapa? Kerana dari kasih sayang itulah terhasilnya karekter yang baik, bermutu, cantik, comel, kuat, hebat dan disukai ramai! Kasih sayang akan menjadikan kita lebih bersemangat, bertanggungjawap dan jujur semasa berkarya. Walau hanya melukis kartun, komik atau animasi, kita mesti berkasih sayang masa membuatnya.

Selamat berseronok masa melakar!



No comments: