Friday, August 14, 2009

COVER PERTAMA

COVER PERTAMA

23 SYAABAN 1430 HIJRAH – 14 OGOS 2009


Setelah visi pertama gua iaitu kartun diterima dan disiarkan dalam majalah Geli Hati pada tahun 1985 terlaksana dengan jayanya, gua memasang visi seterusnya iaitu untuk membuat COVER pulak! Itu visi terbaru gua masa tu. Ia seakan mustahil akan terlaksana pada pendatang baru dalam industri kartun tanahair. Sapa nak bagi. Gua siapa. Siapa yang kenal gua? Ini adalah satu cabaran. Sebenarnya ia bukan suatu yang mustahil untuk gua capai asalkan gua trus berusaha!


Untuk mendapat kepercayaan editor majalah Geli Hati masa tu bukan la mudah. Gua berusaha keras dan berdisplin tinggi setiap bulan dalam menyiap dan menghantar kartun. Hanya itu saja cara untuk mendapat peluang dan kepercayaan. Bukan cara membodek atau merasuah!


Akhirnya visi kedua gua menjadi kenyataan pada majalah Geli Hati keluaran 01 OGOS 1988, DUA PULUH SATU TAHUN yang lalu! Gua diberi kepercayaan oleh editor Geli Hati masa tu iaitu brader Kartekana ( sekarang ni bersama gua di didepartment ilustrasi ) untuk melukis cover dengan tema KURSUS KAWEN. Bukan saja visi gua menjadi kenyataan tapi cover ini sungguh bermakna dan bersejarah pada negara BolehLand!


Cover ni sebagai perakam sejarah negara mengenai permulaan kursus kawen yang menjadi syarat utama pada semua lelaki dan pompuan Islam yang tegedik nak kawen sejak tahun 1988 yang lalu hingga ke hari ini! Kursus dulu kalo nak kawen! Sungguh seronok dapat buat/lukis cover majalah Geli Hati. Ia satu pencapaian terbaik dan terhebat gua masa tu. Ia menjadi sejarah penting dalam penglibatan gua sebagai seorang kartunis hingga ke hari ini.


Adalah menjadi satu yang sangat bagus pada semua kartunis untuk mempunyai visi ( bukan menyimpan visi. kalo simpan, sampai ke sudah tak akan berjaya…. ) melukis cover pada mana-mana majalah humor yang disukai. Jangan hanya bepuas hati bila kartun diterima dan disiarkan. Bervisi lebih besar iaitu untuk melukis cover!

Gua sketch dan ink menggunakan brush. Kali pertama menggunakan brush pinjam mahal ( fines sable. Winsor & Newton ). Seronok sungguh! Tengok la kelemahan itu dan ini pada stroke gua. Cover ni diwarnakan oleh encik Labuair menggunakan Dr. Ph. Martin’s Radiant Concentrated Water Color. 01 OGOS 2009 yang lalu, genap la cover ni berusia DUA PULUH SATU TAHUN. Ini la cover yang gua buat untuk korang tengok dan nikmati. DUA PULUH SATU TAHUN telah berlalu dan ia menjadi sejarah. Sungguh indah bila dikenang...


' don't ask what u can do for ya country
ask what ur country can do for ya! ''
. take no prisoners.
MEGADETH

HAR!FRAGIN HAR!


Enjoy!

13 comments:

matakucing said...

ooo itu jam baru keluar arahan kena kursus kalau nak kahwin eh..wahh brader lu pon telah melakar sejarah beb..cayalah

gayour said...

matakucing
itu la sejarah yang gua buat pada diri gua dan sumbangan pada BolehLand. kursus kawen beb!

dkama said...

pegi kursus kawen secara suka rela lebih bermakna daripada terpaksa bro... hahaha... bro lin dok kat mana ar?? dia da kawen lum??
PEACE...

gayour said...

dkama
terpaksa atau suke rela? dua2 kena pegi kursus.

INDRA QIRANA said...

nostalgia sungguh ni

gayour said...

indra qirana
bukan sekadar nostalgia, ia lebih dari itu. ia adalah sebahagian dari penyebab gua masih melukis hingga ke hari ini.

Kimie said...

Bro,

Wa ingat lagi masa nih zaman aweks2 bertudung dalam gelihati tuh... thehehe..

kalo tak silap masa nih mmg kecoh skit sebab banyak pasangan yg nak kawen cam rasa sengal sebab kena kursus dulu hahaah

gayour said...

kimie
sengal ke, seliuh ke, patah ke... kursus tetap kena pegi. jangan nak belagak,jangan nak ngada2. ambil kebaikan dari kursus ni. skang dah ada ujian darah untuk AIDS plak. bagus untuk menjaga keturunan yang baik, sihat, tak mereng otak, sempurna dan beriman.
itu la cover yang gua buat 21 tahun yang lalu.

ujang said...

abang tak buat ke sketch muka?bank in duit abang buat sketch pas tu pos (simple)..letak prize rm 10-15 ok la harga mampu..janji abang sign kat bawah...buat duit raya banggg..

eddie dewanaga said...

1 ogos 1988 beb...

gua sedang bertarung nak SRP...
dengan asrama yg ribut kecoh nak runtuh. ini nostalgia.

gayour said...

ujang
ese buleh buek/lukis muko sapo yo. boghuk Abang Karim buleh, ungko buleh, muko penjahatpun buleh! best gak tu jang. bukan buleh buek duit gayo yo, buleh buek duit cengkoram boli kerusi baru nak sambut gayo!

eddie dewanaga
lu kalo nak kawen kena pegi kursus dulu beb. bukan kursus jer, kena renang lautan api sebagai bukti chinta sejati. HEH! lagi satu darah lu kena sedut sket untuk disahkan bebas dari AIDS beb!

bonded by blood
exodus

ujang said...

abang hebat bang..den ingat abang bulih buek gamba urang tangan urat busa2,muko bobulu yo...cam gitu abang buek la cotesen bapo koping gamba beserto incajnyo dalam blog ni..secopek mungkin yo...den pecayo kat abang bang...tp kalu abg busy xpo la bang..takut abang tak dan nak buek kueh tat yo..

|izziannixx| said...

Bro Gayour, aku masih ada buku ni.. GELIHATI 01 OGOS 1988.. masih elok (99%) kecuali kertas dah kuning.. lukisan bro mmg menjadi identiti rocker dulu2 sejak nama GayouRock lagi.. yearghhhh