Sunday, October 25, 2009

THE MAKING OF TAMPANNYA

LAKARAN TAMPANNYA BUDI

BAHAGIAN SATU DARI DUA BAHAGIAN

01 ZULHIJJAH 1430H – 18 NOVEMBER RAIN 2009


Pameran TAMPANNYA BUDI dah lama berambus seperti angin yang berhembus. Tak kisah la tu, biarkan beliau berambus! Sebelum belangsungnya pameran, kena buat lukisan dulu. Gua dedahkan kat sini proses membuat/melukis untuk pameran tu. Gua hanya membuat sedikit kajian sebelum mula membuat lakaran/lukisan untuk pameran Tampannya Budi. Kajian mengenai pakaian istana, pahlawan hingga ke rakyat kebanyakan. Sedikit mengenai gerakan pencak silat menggunakan keris. Itu saja. Yang lain gua belasah sendiri ikut tema yang diberi. Gua tak buat lakaran kat buku lakaran seperti yang biasa gua buat. Tak tau apasal, trus lakar kat kertas lukisan dan warna.

Gua lakar tak lama dan tak padam-padampun. Lakar dengan penuh bergaya dan yakin! Apa nak kisah kalo salah. Ini karya gua. Belasah ikut suka! Rujukan yang ada gua tak ikut sangat. Leceh! Tak bebas. Apa hal nak ikut tepat-tepat rujukan tu. Ni hanya lukisan dan mesti rasa seronok masa membuatnya.


Ni kira karya paling besar pernah gua hasilkan setakat ni. Memang tak boleh lawan karya pelukis lain yang lebih besar gedabak lukisan diorang! Ah, lantak la! Ini sebagai permulaan. Mana tau akan datang gua boleh menghasilkan karya sebesar dinding bangunan Daya Bumi. Daya Bumi? Tempat lepak tersohor pada tahun 80an dulu selain Pasar Seni.

Masa ni tinggal lebih kurang seminggu lagi ke tarikh akhir untuk menghantar ke Balai Seni Lukis Negara. Tu antara sebab gua melakar dengan penuh keyakinan dan tidak peduli dengan kesilapan!


Tekanan memang terasa sangat masa ni kerana gua memang bersungguh nak masuk dalam pameran Tampannya Budi. Peluang untuk gua mempamerkan karya kat tempat elit dan hebat! Mana nak dapat peluang ni. Lagipun gua nak lawan encik Padi yang nak menghantar karya beliau ke pameran tu. Cis! Mana boleh bagi peluang kat beliau sorang-sorang! Lawan! Belasah! Tumbuk perut! It’s clobberin time!


Walau terasa azab, gua trus melakar dan menyiapkan lakaran dalam satu malam! Sebenarnya tak la susah mana nak melakar, yang agak mencabar adalah ukuran kertas yang besar. Biasa gua melukis dalam ukuran A3, ni hampir sebesar meja! ARGHHH!


Kadang-kadang gua memang cam ni dalam menghasilkan karya. Tak perlu membuat lakaran dulu dalam buku lakaran. Trus buat kat kertas yang akan digunakan. Gua percaya pada suatu yang ada pada diri gua iaitu KEYAKINAN.


Keyakinan yang perlu dikeluarkan pada bila-bila masa dan dimasa yang betul. Masa ni la keyakinan yang selalu sangat dikata tu dibuktikan. Ia memang “mencemaskan” kerana masa ni keputusan yang gua buat tanpa melakar secara kasar dulu ada tepat. Kalau tak, habih hancus. Ia merosakkan segala yang dirancang. Masa tak banyak lagi. Ponek yo kono buek balik! Kalau lomah semangat, memang tak buat lagi dah! Kadang-kadang gua suka melakukan tindakan cam ni. Ketepatan mempuat keputusan adalah pengalaman paling berharga. Ia adalah pengalaman hebat. Lakukan sendiri untuk merasainya! Keyakinan pasti betambah.


Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesungguhan, dapat gak gua menyiapkan lakaran untuk pameran Tampannya Budi. Lenguh gak tangan tapi pueh ati den! Sedia untuk mewarna dalam pendedahan akan datang!


Wednesday, August 19, 2009

PAPAN CERITA - HEROIC TRIO

LAKARAN LOG BOOK HEROIC TRIO

18 ZULKAEDAH 1430 – 06 NOV 2009


Apa yang perlu dibuat sebelum mula melukis? Menulis skrip. Ini yang paling penting atau paling utama yang perlu dibuat dulu. Cerita Log Book Heroic Trio ni ditulis oleh saudara Aguri. Beliau adalah mastermind cerita/komik ni. Ini merupakan projek pertama gua bekerjasama dengan penulis untuk menyertai pertandingan IPCC anjuran MDeC. Seblum ni semua cerita seperti Bersama Selamanya dan Apa Yang Aku Cari, gua yang tulis ceritanya sendiri.Masa untuk bekerjasama dengan orang lain plak. Ni la rupa lakaran yang gua buat untuk menyertai pertandingan IPCC.


Dapat saja skrip, gua tengok-tengok dulu. Tak trus baca. Dah tengok baru baca babak pertama LOG 1: SEBUAH SYAIR PAHLAWAN ( The One Warrior Epic ). Ada cakrawala, ada lawan-lawan. Uh! Uhh! Ada gigi tecabut, ada muka pecah dan paling best ada darah tesembur di mana-mana. Yeahh! Ni yang gua nak. DARAHHHHH! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEEE! Harharhar!


Dah abih baca, apa lagi trus melakar komik HEROIC TRIO ni dalam buku lakaran gua. Pelik jer rasanya bila melukis/melakar bepandukan skrip yang ditulis oleh orang lain. Gua kena faham dulu segala arahan, ikut dan buat! Mana-mana yang gua tak faham kena tanya penulis. Cam ni la bila kerja berpasukan. Gua kena biasakan diri bekeja cam ni kerana cara ni dah lama diamalkan di Jepun, Amerika dan Eropah. Kerjasama antara penulis dan pelukis. Langkah awal untuk membina temadun baru!


Melakar suatu yang baru adalah suatu yang menyeronokkan. Mudah, senang dan seronok. Gua selalu kata, berseronoklah masa melukis. Yeah! Gua sedang berseronok! Tapi ada sket masalah… yeah! Sket masalah. Ini adalah komik baru dan karekter baru. Masalahnya adalah, gua masih tekial-kial dan selalu lupa “rupa” ketiga-tiga karekter utama dalam komik ni. ARGHHH! Lemah minda tul. Masalah pada gua masa melakar!


Kenapa masalah ni terjadi padahal gua seronok melukisnya? Walau dah lama melukis, bila melukis suatu karekter baru, gua memang tak boleh ingat semua yang ada pada kareter baru tu. Kenapa? Kerana tak kenal, maka tak cinta. Itulah sebabnya. Tak kenal.Gua masih dalam proses mengenali setiap karekter yang gua cipta dalam projek komik ni. Takkan itupun jadi masalah? Yeah, memang masalah!


“Brader Gayour, boleh lukiskan AMAR, MAT TEPET, tu kawan dia yang badan besar tu… apa nama dia? Haa.. PET. Pas tu awek dia LIN”. Pemintaan dari peminat yang biasa gua terima. Semua karekter ni gua boleh lukis dengan mudah tanpa hilang ingatan cane rupa, personaliti dan gaya kerana gua sangat “mengenali” semua karekter ni. Hampir tujuh tahun gua “bersama” karekter-karekter ni di majalah UJANG dulu. Ia menjadi sebahagian dari hidup gua. Mereka hidup dalam diri gua hingga ke hari ini.


Sama cam karekter SLASH dan BLACK. Kedua karekter ni lebih lama lagi bersama gua. Dah lebih dua puluh tahun! Memang tidak ada masalah untuk gua lukis karekter-karekter ni kerana gua sangat “kenal, cinta dan kasih”pada mereka. Tapi lain sangat dengan karekter baru dalam projek komik LOG BOOK: HEROIC TRIO ni. ARGHHH! Gua memang sentiasa kena merujuk pada masterpieces karekter yang gua buat. Tetekan gua!


Align CenterInilah cabaran yang gua hadapi masa melakar sepuluh mukasurat sebagai syarat utama untuk peraduan anjuran MDeC ni dulu. Melukis tidak ada masalah ( alhamdulillah ) tapi apa yang nak dilukis tu yang jadi masalah! Kerana itu ( pada bakat-bakat baru ), adalah sangat penting untuk kita “mengenali” semua karekter yang kita cipta. Bukan saja kenal tapi sebaiknya kita suka, menyintai dan menyayangi “mereka”. Kenapa? Kerana dari kasih sayang itulah terhasilnya karekter yang baik, bermutu, cantik, comel, kuat, hebat dan disukai ramai! Kasih sayang akan menjadikan kita lebih bersemangat, bertanggungjawap dan jujur semasa berkarya. Walau hanya melukis kartun, komik atau animasi, kita mesti berkasih sayang masa membuatnya.

Selamat berseronok masa melakar!



LAKARAN HEROIC TRIO

LAKARAN AWAL
LOG BOOK - HEROIC TRIO RECORD
02 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 23 OGOS 2009

Ni la rupa lakaran awal yang gua buat untuk projek dan pertandingan IPCC yang gua dan Aguri masuk sebagai ILHAM STUDIO. Enjoy!

Watak utama dalam komik kitorang. FAI, YANA dan MARI. Yang terbang tu sang pari-pari LILIPUT.


Lakaran pertama karekter FAI. Belasah ikut hati! Memang cam ni la la biasa gua buat bila mencipta sesuatu karekter. Belasah ikut hati. Dari lakaran pertama ini la akan terciptanya karekter yang dikehendaki. Jadi pada semua yang ingin mencipta karekter kartun, komik atau apa saja, buat la sebanyaknya lakaran. Ia pasti membantu! Lagi satu, berseronok la masa melakar!

Ini adalah lakaran kedua, gua trus dapat karekter FAI. Aguri bersetuju dengan lakaran ini. tercipta la hero untuk komik dalam pertandingan yang kitorang nak masuk. YEAHHH! FAI diberi kuasa dan kehebatan melalui SARUNG TANGAN yang boleh membelasah siapa saja dengan kuasa kekuatan yang boleh meruntuhkan Gunung Kinabalu! Besedia untuk membelasah!

Selain bentuk tubuh badan/rupa karekter itu, kena gak mereka pakaian sekali. Dalam komik kitorang ni ada dua dunia. Kena la buat dua pakaian yang bebeza. Satu kat dunia sekarang dan satu lagi kat dunia perang hero ni. Semua ni perlu direka, perlu dilakar.

Ni la rupa karekter FAI di dunia sekarang. Seorang ahli pengakap. Boy Scout! LOSER!

Ni saja-saja berseronok masa melakar. Biasa kita dengar orang membuat alasan dengan bekata, “tak ada mood la!”. Ni la cara untuk membuatkan gua tak bekata begitu masa melakar dan mencipta karekter baru. Kadang-kadang ia membosankan gak kerana blum kenal dan jatuh cinta dengan watak/karekter tu. Masih tak ingat bentuk rambut, pakaian, kasut dan segala macam lagi. Jadi untuk berseronok dan bekenalan dengan karekter FAI, gua buat la beliau dalam aksi agresif ni. Ini perlu dibuat dalam proses ‘bekenalan’ dengan karekter.


Sorang lagi watak utama iaitu cik YANA yang merupakan ahli Persatuan Memanah kat kolej selain ahli pengakap. Jaguh memanah dalam persatuan dan diminati oleh ramai pelajar lelaki kat kolej. Lakaran awal YANA yang gua sendiri tak suka! Rejet!


Lakaran YANA setrusnya sebelum dapat apa yang kitorang nak terutama pada rekaan pakaian. Terus melakar! Dalam dunia fantasi, YANA mempunyai busar istimewa dan pastinya kehebatan luar biasa sebagai pemanah hebat untuk menjalankan tugasan dan menembusi kepala hotak musuh-musuh dengan anak panahnya! Jangan main-main dengan awek yang kelihatan tak boleh buat apa-apa ni.


Dunia komik kitorang ni ada dua. Kenyataan dan sedikit fantasi. Sedikit fantasi melalui watak sang pari-pari yang dinamakan LILIPUT. Biasa tengok watak ni dalam cerita fantasikan? Cara mudah untuk membeli jiwa pembaca/peminat atau siapa saja melalui watak kiut ni. Cipta saja watak yang kiut miut, ada la yang tededik-gedik suka. Kami mengambil sang pari-pari ni sebagai satu watak penyeri. Beberapa lakaran mencari mana yang bekenan di hati. Yang mana satu atau rejet semua?


Lakaran pertama karekter MARI. Seorang pemain pedang yang mahir dan hebat. Bila dia hebat, pastinya ada lawan yang lebih luar biasa hebat. Kat mana-manapun begitu. Kita rasa dah hebat dah, jangan lupa ada lagi yang lebih hebat dari kita! Lakaran ni memang hampeh! Buat yang lain!


Lihat perubahan yang gua buat pada lakaran watak MARI ni. Ini yang dipilih untuk karekter MARI dalam komik kitorang. Jangan berhenti melakar untuk mendapatkan karekter yang dikehendaki. Buat banyak-banyak. Belajar betul-betul mengenai watak ni. Cintai dia, kasihi dia!


Mereka bertiga adalah ahli Persatuan Pengakap kat kolej mereka. MARI dengan seragam pengakap di dunia sekarang. Selain menyertai Persatuan Pengakap, MARI merupakan seorang ahli KENDO ( Way of The Sword ) dan telah belatih sejak dari kecil lagi seni bela diri dari Jepun ni.

Lakaran watak jahat la plak. Salah satu dari tiga SAPIT BERSAUDARA yang merupakan musuh utama tiga hero dan pembunuh upahan yang hebat. Ni lakaran awal. Aguri bersetuju dengan lakaran ni, tapi akan ada beberapa perubahan yang akan dilakukan. Gua biasa begitu. Tak akan trus ambil dan bepuas hati! Cari lagi yang lebih baik. Seronok mencipta watak ni kerana boleh melukis anatomi yang bagak!


Satu lagi watak dari SAPIT BERSUDARA yang tiada belas dalam menjalankan tugasan yang diberi! Setiap ahli SAPIT BERSAUDARA mempunyai kepakaran tersendiri dalam menggunakan senjata. Mencipta senjata juga suatu yang menyeronokkan. Biasa gua merasa tak puas hati melihat ciptaan senjata pada sesuatu karekter. " Apasal la senjatanya cam tu?" Ni la masanya gua mencipta senjata yang gua kehendaki!


Serangan maut dari SAPIT BERSAUDARA pada tiga hero yang hampir meragut nyawa!



BIG BANG! Semua ni adalah lakaran awal masa gua dapat skrip dari Aguri. Semua bahagian penciptaan karekter, pakaian, lokasi/tempat, senjata dan seni pertarungan dalam komik ni diserahkan pada gua untuk memikir, membuat dan menciptanya. Sungguh seronok membuat suatu yang baru ni! Cuma bahagian senjata tiga hero iaitu PEDANG dan BUSAR PANAH dicipta oleh Aguri. Gua hanya mengemaskan saja.


Ni la sebahagian dari lakaran-lakaran yang gua buat dalam proses penciptaan karekter untuk komik kitorang dalam IPCC Comic Competition yang lalu. Ada banyak lagi lakaran. Tak larat nak scan.

Akan datang, gua akan dedahkan plak pasal papan cerita ( story board ) komik LOG BOOK- HEROIC TRIO RECORD untuk IPCC Comic Competition. Sila klik kat sini untuk mengetahui senopsis cerita, pasal ILHAM STUDIO dan entah apa ke benda lagi.


Friday, August 14, 2009

COVER PERTAMA

COVER PERTAMA

23 SYAABAN 1430 HIJRAH – 14 OGOS 2009


Setelah visi pertama gua iaitu kartun diterima dan disiarkan dalam majalah Geli Hati pada tahun 1985 terlaksana dengan jayanya, gua memasang visi seterusnya iaitu untuk membuat COVER pulak! Itu visi terbaru gua masa tu. Ia seakan mustahil akan terlaksana pada pendatang baru dalam industri kartun tanahair. Sapa nak bagi. Gua siapa. Siapa yang kenal gua? Ini adalah satu cabaran. Sebenarnya ia bukan suatu yang mustahil untuk gua capai asalkan gua trus berusaha!


Untuk mendapat kepercayaan editor majalah Geli Hati masa tu bukan la mudah. Gua berusaha keras dan berdisplin tinggi setiap bulan dalam menyiap dan menghantar kartun. Hanya itu saja cara untuk mendapat peluang dan kepercayaan. Bukan cara membodek atau merasuah!


Akhirnya visi kedua gua menjadi kenyataan pada majalah Geli Hati keluaran 01 OGOS 1988, DUA PULUH SATU TAHUN yang lalu! Gua diberi kepercayaan oleh editor Geli Hati masa tu iaitu brader Kartekana ( sekarang ni bersama gua di didepartment ilustrasi ) untuk melukis cover dengan tema KURSUS KAWEN. Bukan saja visi gua menjadi kenyataan tapi cover ini sungguh bermakna dan bersejarah pada negara BolehLand!


Cover ni sebagai perakam sejarah negara mengenai permulaan kursus kawen yang menjadi syarat utama pada semua lelaki dan pompuan Islam yang tegedik nak kawen sejak tahun 1988 yang lalu hingga ke hari ini! Kursus dulu kalo nak kawen! Sungguh seronok dapat buat/lukis cover majalah Geli Hati. Ia satu pencapaian terbaik dan terhebat gua masa tu. Ia menjadi sejarah penting dalam penglibatan gua sebagai seorang kartunis hingga ke hari ini.


Adalah menjadi satu yang sangat bagus pada semua kartunis untuk mempunyai visi ( bukan menyimpan visi. kalo simpan, sampai ke sudah tak akan berjaya…. ) melukis cover pada mana-mana majalah humor yang disukai. Jangan hanya bepuas hati bila kartun diterima dan disiarkan. Bervisi lebih besar iaitu untuk melukis cover!

Gua sketch dan ink menggunakan brush. Kali pertama menggunakan brush pinjam mahal ( fines sable. Winsor & Newton ). Seronok sungguh! Tengok la kelemahan itu dan ini pada stroke gua. Cover ni diwarnakan oleh encik Labuair menggunakan Dr. Ph. Martin’s Radiant Concentrated Water Color. 01 OGOS 2009 yang lalu, genap la cover ni berusia DUA PULUH SATU TAHUN. Ini la cover yang gua buat untuk korang tengok dan nikmati. DUA PULUH SATU TAHUN telah berlalu dan ia menjadi sejarah. Sungguh indah bila dikenang...


' don't ask what u can do for ya country
ask what ur country can do for ya! ''
. take no prisoners.
MEGADETH

HAR!FRAGIN HAR!


Enjoy!

Wednesday, July 29, 2009

POSTER G3 # 66

POSTER G3# 66
20 SYAABAN 1439 HIJRAH - 11 OGOS 2009

“Gayour! Kao buat poster untuk kuaran ni”,
tegas encik Amang pada gua. “Poster pasal/tema apa?”, tanya gua. “ Lu buat la apa-apapun. Kalo dapat sket-sket ala merdeka lagi baik”. Emmm… apa gua nak buat ni ya? Kalo pasal merdeka tak ada lain dalam kepala hotak gua selain senapang, meriam, kereta kebal, bom, pistol, dan perang
!
KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEE!

Gua bayangkan nak buat sorang askar bebadan bagak sedang memegang Gatling Gun. Itu yang tebanyang kat kepala hotak gua. Gua trus lakar. Cam ni la rupe lakaran awal tanpa rujukan. Hancusss! Ini la pentingnya lakaran. Kita dapat tengok segala macam kelemahan, kesilapan, kesalahan dalam lakaran.

Dalam movie PREDATOR, kita diperlihatkan dengan kehebatan Gatling Gun "membersihkan" hutan. Itu salah satu kegunaan Gatling Gun selain dari menghancurkan tubuh badan manusia tanpa belas! Ia mesin pembunuh dan pemusnah yang hebat. Dalam permainan video gamepun, Gatling Gun menjadi senjata pilihan untuk kemusnahan maksimum dan kelihatan cool. Pasal tu gua buat Gatling Gun bukan mesin gun atau senapang patah. Gua trus cari rujukan gambo Gatling Gun yang sebenar. Yeah! Mencari dan menggunakan rujukan semasa melukis adalah suatu displin penting yang mesti dibuat untuk karya yang bermutu. Bukan semua benda kita boleh belasah lukis ikut rasa, suara hati atau kepala lutut! Ada ketikanya rujukan sangat penting. Seperti Gatling Gun ni. Tak boleh buat ikut rasa atau main ingat-ingat, perlu ada rujukan. Perlu buat penyelidikan. Lain kalo kita mencipta Gatling Gun atau senapang kita sendiri. Belasah la ikut kepala lutut! Susah gak nak dapat Gatling Gun yang gua nak. Ni lakaran kedua. Masih tak memenuhi kehendak hati gua. Apasal susah sangat ni. Kenapa tak jumpe gambo Gatling Gun yang gua nak? ARGHHHH!

Gua tepaksa alter sana dan sini Gatling Gun untuk mendapat apa yang gua nak! Kadang-kadang memang kena begitu. Tak boleh ikut 100% gambo rujukan. Ubah apa yang patut. Yang penting ia menarik dan memenuhi kehendak hati! Yeah! Kehendak hati sendiri dulu! Jangan takut untuk mengubah dan mencipta yang baru asalkan ia kelihatan hebat! Itu yang dilakukan oleh Jepun. Ambil apa yang dicipta dari barat dan ubah menjadi lebih cantik, menarik dan murah!

Kali ni gua hanya menggunakan pensil saja sebagai outline untuk poster ni. Saja gunakan pensil kerana cepat siap dan kerana seni sangat la kononnye. HEH! Sekali-sekali kena gak tukar medium dalam menghasilkan karya. Ini la berseronok masa melukis namanya. Belasah ikut suka! Bila tengok pelukis komik dari barat menggunakan pensil, kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama dalam berkarya? Itu adalah hak semua untuk menggunakan apapun medium. Tak ada halangan dalam berkarya. Berseronok la masa melukis. Jangan takut untuk mencuba itu dan ini. Lakaran pensil untuk poster gua dah siap dan sedia untuk diwarnakan!

Inilah rupa poster yang telah siap diwarnakan dengan photoshop. Bukan gua yang waenakan, encik Faiz ( pewarna digital department ilustrasi ) yang warnakan. Gua tak mahir photoshop. Ikutkan hati gua nak warnakan dengan arkilik cam encik Simon Bisley atau warna air cam encik Alex Ross ( Tak kenalpun. Siapa Simon Bisley, siapa Alex Ross tu? ). Tapi nanti orang akan komplin, " kenapa tak warna gunakan photoshop?". Siapa yang beminat dengan poster ni boleh la beli majalah G3 keluaran bulan Ogos 2009 sekarang ni. Kalo tak minat, buat tak tau jer la.

Selamat berkarya pada semua.
Berseronok la masa melukis!

Wednesday, July 8, 2009

POSTER

POSTER
16 REJAB 1430H - 09 JULAI 2009

Lama tak masuk entry baru kat GALERI gua ni. Entah la. Hari ni tetiba rajin la plak. Bahanpun ada dan yang paling penting, ada masa. Kali ni entry pasal poster yang gua buat untuk majalah G3 # 65, kuaran bulan Julai 2009 yang ada kat pasaran sekarang. Cam ni la rupe posternye.

Sebenarnya idea ni gua cadangkan untuk cover G3. Tapi ahli majlis tertinggi sebulat suara menolak idea untuk cover dan mencadangkan untuk dijadikan poster. Emm... cam ni yang biasa belaku. Tak semestinya idea kita tu sesuai untuk cover, ia sesuai untuk poster dan sebaliknya. Lagi teruk kalo direject! Lakaran ni gua buat masa sedang meeting. Biasak la tangan tak bleh diam. Nak menconteng jer!

Tak ada rujukan masa melukis poster ni. Lukis ikut rasa. Alhamdulillah, memori agak kuat sket pasal motor chooper. HEH! Apa yang pasti gua sangat seronok lukis poster ni. Pasal tu tak perlukan rujukan dan gua bleh buat apa saja tanpa terikat atau terikut dengan rujukan. Belasah! Gua ink menggunakan brush ( series 7 . finest sable. winsor & newton ). Sayangnye lukisan asal yang gua ink hilang ntah ke mana. Puas gua cari. Tak jumpa. Tak tau ada orang amik/curi atau gua yang letak kat mana-mana. Lemah ingatan letak kat mana! Tak dapat la nak tampal yang hitam putih kat sini. ARGHHH! Poster ni diwarnakan oleh pewarna digital department ilustrasi, encik Faiz. Kalo sobat semua beminat dengan poster ni, bleh kumpul duit seposen sorang dan dapatkan majalah G3 kuaran bulan Julai ni.

berseronok la masa melukis

Thursday, May 7, 2009

24 TAHUN!

KARTUN PERTAMA
MEI 1985 - MEI 2009
13 jamadilawal 1430H - 08 mei 2009

Alhamdulillah, setelah sekian lama GALERI ni dibuat, akhirnya gua bejaya gak memasukkan entri yang pertama. Penantian berakhir! Terima kasih pada semua yang besabar lebih lapan bulan untuk menikmati apa yang ada dalam GALERI ni. Semenjak dilancarkan dan blum masuk apa-apa bahan, begitu ramai sekali sahabat yang melawat, singgah, memberi komen dan dah ada followers! Gua tekedu. Biar betul diorang ni. Gua tak buat apa-apa lagi. Apapun, terima kasih yo la.. buek susah-susah yo. Patut ke gua mintak maaf kerana begitu lama untuk memasukkan entri yang pertama?

Sebagai permulaan, gua nak cerita sket sejarah perjalanan hidup gua dalam mengejar impian untuk menjadi seorang kartunis dan karya pertama gua. Tak sukapun tak apa dengan kisah gua ni. Tak la best manapun.


Semuanya bermula masa gua di tingkatan satu. Masa acara suai kenal, cikgu yang masih blum gua kenal temasuk kengkawan baru yang blum gua kenal . Diorangpun blum kenal gua. Elok sangat la tu! Cikgu kelas menyuruh sorang-sorang kuar ke depan untuk mengenalkan diri dan memberitahu pasal CITA-CITA memasing. Yeah, CITA-CITA!


Tiba giliran gua… gua melangkah penuh yakin dan mempekenalkan diri. Ramai awek yang masih blum gua kenal menyalin nama gua. Heh! Gua tipu! Siapa la gua… uuu.. uuu…

Dengan tegas, yakin dan bergaya gua menyatakan pada guru dan semua kengkawan baru mengenai CITA_CITA gua. “ gua nak jadi seorang pelukis!’

Itu la yang gua kata, ucap, lafaz dan nyatakan pada semua tanpa merasa kesal, malu atau menyesal. Gua nak jadi pelukis.

Kenapa pelukis, pelukis apa?

Kerana bakat yang dipinjamkan Allah pada gua. Kebolehan gua melukis bermula sejak dari sekolah rendah lagi. Antara kengkawan, gua yang paling terer! Lukisan selalu nombor satu tapi pelajaran lain selalu nombor last! Uuu…uuu… Gua nak menafaatkan kebolehan ini sebaiknye. Kerana itu gua nak jadi pelukis. Dengan kebolehan ini gua jadi sangat suka melukis. Pada awalnye gua nak jadi pelukis KOMIK. Yeah, KOMIK! Bukan kartun.

Kenapa KOMIK?

Kerana pada permulaan, gua kenal, tahu dan datangnya semangat melukis bila melihat dan membaca komik-komik tempur tegar pahlawan Melayu di pasaran. Masa tu komik mendapat sambutan! Ini la puncanya. Terima kasih pada semua pelukis komik tanahair. Mereka antara penyebab gua jadi pelukis.

Kenapa tak jadi pelukis komik. Kata nak jadi pelukis komik. Apa dah jadi?


Memang gua nak jadi pelukis komik. Masa tu gua dah buat beberapa komik. Gua tulis dan lukis sendiri. Hantar ke Penerbitan Mediaseni tapi kena reject! Jangan ingat karya gua tak penah direject. Gua penah mengalami dan merasai pahit, pedih, pilu, hiba, sakit hati, sedih, benci, marah bila karya ditolak puluhan tahun yang lalu.

Kenapa direject?

Pasal tak best, buruk, hancur dan segala macam kelemahan lagi. Masa tu tiada siapa yang membantu gua. Tiada guru untuk bertanya, mendapat pandangan, mengkritik dan tempat rujukkan. Kawan-kawan kampung tidak banyak membantu. Diorang hanya mengangguk, tesenggeh-senggeh setuju dan suka dengan apa yang gua buat/lukis. “ Ekau memang terer lukih Gayour!” Tu yang diorang kata setiap kali melihat lukisan-lukisan gua. Tu la masalahnye bila hanya gua sorang yang terer melukis kat kampong. Rasa besar, gah dan hebat tak memasal. Semua tu hanya menjahanamkan sekiranya gua leka dan syok sendiri!

Dalam melukis kartun, gua melakukan semuanya sendiri. Memang susah. Gua ulangi… memang susah! Tu la pasal banyak kesilapan dan kelemahan yang gua lakukan. Rasa dah betul dah. Rupanya salah. Tu la pasal karya-karya gua direject pasal tak ada tok guru untuk berguru! Pada bakat-bakat baru hari ni, bersyukur la dengan segala kemudahan yang ada untuk belajar lukis kartun. Semua di hujung jari. Begitu la mudahnya untuk belajar. Gua cemburu! Bersukurlah. Untuk kemudahan semua yang beminat pasal kartun dan ingin belajar untuk melukis kartun dengan cara yang betul , gua berusaha membuat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Tak ada alasan lagi nak kata “ tak ada ke buku panduan melukis kartun buatan Malaysia?”. Saja mengada-ngada! Mungkin buku gua tak bagus, tak tepat, tak ditil penerangan atau contoh ilustrasinya, susah nak faham atau hilang akal dengan kandungannya, sila cari dan dapatkan panduan/rujukan dari kartunis lain. Gua tak kisah, yang penting korang berILMU!

Oh, yeah! Kenapa tak jadi pelukis komik?

Industri komik tanahair di awal lapan puluhan dulu tidak bersinar lama rupanya. Kegemilangannya berakhir dengan penutupan hampir semua syarikat penerbitan komik kerana kurang/tiada sambutan lagi pada komik-komik yang diterbitkan. Ini benar-benar mengecewakan gua yang sangat teruja untuk menjadi seorang pelukis komik. Punah harapan den! Kerana ini gua tidak berjaya menjadi seorang pelukis komik. Bukan kerana gua tidak berusaha tapi kerana tiada tempat/syarikat penerbitan untuk membeli dan menerbitkan komik gua.

Ke mana arah setelah tiada lagi syarikat penerbitan komik?

Gua benar-benar tetekan masa ni. Segala usaha gua seperti tiada makna. Dah la susah ya amat belajar melukis. Belajar sendiri melalui buku, majalah dan komik. Tetiba tak ada lagi syarikat penerbitan komik. ARGHHHHHH! Ia benar-benar satu “masa kegelapan” dalam sejarah hidup gua. Untuk mengubati jiwa raga yang gundah gulana, setiap petang gua akan lepak sendirian kat sawah temenung sambil melihat burung, menikmati angin petang dan melihat matahari tebenam… layan blues la apa lagi. HEH! Seni sangat la kononnye masa tu. Harharhar! Gua tak nak jadi doktor, kerani, akauntan, guru, pilot, peguam, akitek…. Gua nak jadi PELUKIS!

Impian gua rupanya tidak hanya tinggal impian. Ia akan jadi kenyataan. Semuanya kuasa dan perancangan dariNya yang tidak gua ketahuai. Kuasa tuhan, gua ada sorang kawan sekampung yang abangnya merupakan seorang kartunis kat majalah Geli Hati masa tu.
Beliau mengenalkan gua pada bradernya yang pulang bercuti dan guapun berguru dengan beliau. Dialah guru pertama gua. Dialah yang mengajar dan memberitahu gua perkara asas mengenai kartun. Walau hanya perkara-perkara asas, ia sangat berharga. Kerana semuanya bermula dari satu dua tiga, alif ba taa, one two three…

Dia adalah KUTIL YOYO. Guru yang sangat gua hormati. Terima kasih brader! Budi baik brader menjadi ingatan disepanjanag hayat. Moga brader sihat, selamat, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Tidak menjadi kesalahan kerana korang tak kenal, tak penah dengar nama atau melihat karya-karya beliau.

Setelah mengenalinya gua betambah semangat melukis kartun. Harapan gua tak punah. Sinar cerah berada di hadapan! Gua hanya mengalihkan minat dan cita-cita dari pelukis komik ke pelukis kartun. Gua tetap melukis!

Dengan adanya guru, karya-karya gua mula dikritik, dihina, dipelekeh, dicaci, dikeji dan direject oleh brader Kutilyoyo masa proses belajar. Ia sangat menyeronokkan bila ada yang ahli dan memberi pandangan.

Setelah merasa terseksanya jiwa raga kerana direject, terpaksa ubah itu dan ini, akhirnya kartun gua diterima dan disiarkan buat kali pertama dalam majalah GELIHATI keluaran bulan MEI 1985, DUA PULUH EMPAT TAHUN yang lalu! Syukur pada tuhan. Bermula dari sini gua tidak berpaling lagi dan sejarahpun tercipta…



Inilah karya PERTAMA gua dalam industri kartun tanahair. Buruk, tak cantik, hodoh? Yeah! Katakan apa saja mengikut kehendak hati. Gua tak kisah, gua tak marah kerana ini adalah kebanggan gua setelah gigih berusaha dengan tegarnya untuk mencapai dan menjadikan impian kenyataan. Karya ni menjadi sejarah penting dalam hidup gua. Bumi terasa begoyang dan pandangan menjadi kelam kali pertama melihat karya ini disiarkan dalam majalah GELI HATI dua puluh empat tahun yang lalu! Gua tak percaya. Gua menggelengkan kepala tidak percaya, gua pejamkan mata... dan ia adalah benar. Itu la nikmat, itu la keseronokan yang sangat manis bila dikenang! DUA PULUH EMPAT TAHUN telah berlalu. Huh! Lamanye... korang buat apa masa ni?


Tahun 1985 merupakan tahun yang hebat dalam perjalanan hidup gua. Masa ni, muzik rock/metal baru memulakan Zaman Emas Kegemilangannya. Kartun pertama gua disiarkan pada tahun ini. Gua berkongsi masa, tahun dan kegemilangan itu bersama. Ayuh kita tengok peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku pada industri muzik metal dunia pada tahun 1985!

-Monsters Of Rock Castle Donington – ZZ Top, Magnum, Marillion, Bon Jovi, Ratt, Metallica

-Metal Hammer Festival – Festival Metal Hammer pertama yang membariskan Metallica,Venom, Wishbone Ash, Heavy Pettin, Warlock, Pretty Maids, Running Wild, Tyran Pace, Restless, Savage Grace, Nazareth

-Live Aid – Konsert yang bertujuan untuk mengumpul derma/dana untuk membantu mangsa kebuluran di Afrika. Dalam konsert ni Ozzy Osbourne telah begabung semula dengan Black Sabbath setelah tujuh tahun tidak bersama dan membawa lagu Iron Man dan Children Of The Grave Begitu juga dengan Jimi Page dan Robert Plant yang menghidupkan semula Led Zeppelin dalam konsert Live Aid ni. Hebat! Paling happening band Status Quo yang mempersonakan seluruh dunia dengan lagu “ Rockin’ All Over The World”.

-Ronnie James Dio memulakan rakamkan projek metal Hear N’ Aid – We’re Stars pada 20 dan 21 Mei 1985 untuk membantu mangsa kebuluran di Afrika. Projek ini membariskan ramai rockers dari Judas Priest, Motley Crue, Quiet Riot, Twisted Sister, Blue Oyster Cult, Dio, Dokken, Y&T, Rought Cutt, Queensryche, Ozzy Osbourne Band, Night Ranger, Giuffria, W.A.S.P., Spinal Tap, Ted Nugent, Whitesnake, Vanilla Fudge, Journey, Iron Maiden dan gitar hero Yngwie Malmsteen. Projek ini adalah sebagai jawapan pada projek pop Live Aid yang dianjurkan oleh Bob Geldof. Ronnie James Dio berkata “ projek ni membuktikan bahawa kami golongan metalhead juga prihatin dengan apa yang berlaku di Afrika. Ini adalah sumbangan kami”. Setelah dilancarkan, projek ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak US1000,000 pada tahun 1987.

-Drummer Def Leppard, Rick Allen hilang tangan kiri dalam kemalangan kereta.

-Rock In Rio – Konsert rock terbesar di dunia pernah dianjurkan buat kali pertama yang membariskan banyak band rock dunia. Antaranya Whitesnake, Iron Maiden, AC/DC, Scorpions, Queen, Yes, Nina Hagen, Ozzy Osbourne, Rod Stewart. Edisi pertama Rock In Rio berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Lebih 1.5 juta orang telah datang menyaksikan pesta konset rock terbesar ni!

-David Lee Roth keluar dari Van Halen

-Wrestlemania ( WWF masa ni ) yang pertama telah dilancarkan. Hulk Hogan bersama Mr.T menewaskan gandingan Roddy ‘Rowdy’ Piper dengan Paul Orndoff.

Antara album rock/metal hebat yang menjadi sejarah dalam industri muzik dunia yang dikuarkan pada tahun 1985 bersama kartun gua, HEH!. Antaranya;

AC/DC – Fly On The Wall
Anthrax – Armed And Dangerous
Anthrax – Spreading The Disease
Accept – Metal Heart
Armored Saints – Delirious Nomad
Aerosmith –Done With Mirrors
Autograph – Turn Up The Radio
Asia – Astra
Alcartrazz – Disturbing The Peace
Bathory – The Return
Bon Jovi – 7800 Fahrenheit
Blind Guardian – Lucifer’s Heritage
Blind Fury – Out Of Reach
Bad Company – 10 From 6
Blue Oyster Cult – Club Ninja
Celtic Frost – To Mega Therion
Cobra – Warrior Of The Dead
Dokken – Under Lock And Key
Dire Straits – Brothers In Arm
D.R.I. – Dealing With It
Destruction – Infernal Overkill
Dio – Sacred Heart
Dark Lord – State of Rock
Exodus – Bonded By Blood
Earthshaker - Passion
Fates Warning – The Spectre Within’
Grave Digger – Witch Hunter
Helloween – Helloween
Helloween - Walls Of Jericho
Horizon – Master Of The Game
Iron Maiden – Live After Death
Icon – Night of The Crime
Kiss – Asylum
Keel – The Right To Rock
Loudness – Thunder In The East
Lizzy Borden – Love You To Pieces
Megadeth – Killing Is My Business and Business Is Good
Motley Crue – Theatre Of Pain
Nasty Savage – Nasty Savage
Omen – Warning Of Danger
Overkill – Feel The Fire
Pantera – I’m The Night
Possessed – Seven Church
Pentagram – Pentagram/Relentless
Queen – The Complete Works
Running Wild – Branded And Exiled
Ratt – Invasion Your Privacy
Rage – Depraved To Black
Rought Cutt – Rought Cutt
Rush – Power Windows
S.O.D. – Speak English Or Die
Slayer – Hell Await
Sepultura – Morbid Virsion
Sacrefice – Torment In Fire
Stryper – Soldier Under Command
Savatage – Power Of The Night
Sodom – Obsessed By Cruelty
Scorpions – World Wide Live
Twisted Sister – Come Out And Play
Tony McAlpine – Edge Of Insanity
The Cult – Love
The Gods – I’ll Get You Rockin’
The Misfits - Legacy of Brutality
Uriah Heep – Equator
U.F.O. - Misdemeanor
Virgin Steele – Noble Savage
Venom - Possessed
Warlock – Hellbound
Waysted – The Good The bad The Waste
W.A.S.P. – The Last Command
Whiplash – Power And Pain
Warrior – Fighting For The Earth
Yngwie Malmsteen Rising Force – Marching Out
Yesterday & Today – Down For The Count
ZZ Top - Aftreburner

Tak ketinggalan di tahahair kita, beberapa peristiwa besar dan hebat telah berlaku pada tahun 1985 dan menjadi sejarah seperti;

Search – Cinta Buatan Malaysia
Sweet Charity – Berita Gempar
Blues Gang – Sakit Sakit Sakit
Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga.
Pembukaan Jembatan Pulau Pinang.

Gua berkongsi peristiwa-peristiwa hebat ni dengan kartun pertama gua 24 tahun yang lalu!


maaf pada semua kerana begitu lama menunggu...


enjoy!