Monday, January 10, 2011

MAK

MAK

SEPULUH TAHUN YANG LALU

06 SAFAR 1432H - 11 JANUARI 2011


Bila dapat arahan dari boss untuk membuat keluaran khas majalah UJANG sempena sambutan tahun baru masehi 2000 dan masuk ke alaf baru milinium, kepala hotak bejambul gua trus *pling! nak buat satu kisah yang dah lama gua nak buat. Ni la masanya untuk gua melaksanakan impian gua tu. Sibuk sangat la kononnya dengan cerita Bersama Selamanya dan pengurusan sampai tetangguh nak buat kisah ni! Alasan!

Gua melukis cerita ni dengan sepenuh jiwa raga dan ghairah!Gua tak kisah kalo sahabat semua tak suka, benci, meluat, pengsan atau muntah darah dengan kisah ni.

Cerita ni gua buat SEPULUH tahun yang lalu. Kisahnya telah dilupakan kerana tak menarik untuk diingat. Ia bukan kisah cintan cintun remaja. Tak best manapun. Suatu hari pada tahun lepas, sorang sahabat, mr. Aidilangelo aidilangelo.com telah mengirimkan salinan cerita ni pada gua. ARGHH! Rasa sungguh terharu dan seronok dapat tengok dan baca balik cerita ni. Eee… seronoknye! Ini adalah cerita yang sangat gua suka dalam banyak karya yang gua hasilkan selama ni. Mr. Aidilangelo sangat meminati karya ini dan menyimpannya dengan baik. Terima kasih mr. Aidilangelo. Gua tampal kat sini kerana ada sorang dua peminat yang bertanyakan pasal cerita ni. Gua terharu. “ Ada gak yang suka dan ingat pada cerita ni rupanya walau SEPULUH tahun telah berlalu!”.

Pada yang suka, selamat menikmati semula kisah “MAK” yang pernah dinikmati SEPULUH tahun dahulu. Ini untuk korang. Pada yang belum pernah melihat, membaca dan menikmatinya, selamat menikmati sekiranya sudi. Pada yang meluat, karya ni bukan untuk korang. Jangan baca!

Sepuluh tahun dahulu…







Terima kasih mak…

cerita ni telah diterbitkan dalam majalah UJANG keluaran 01 01 2000



50 comments:

matakucing said...

baru baca..best..hargai mak..thanks brader gayour.

gayour said...

matakucing
terima kasih sudi membaca karya yang tak seberapa tapi hebat tu. HEH!

Cromirama Elcy said...

bro gayour.. 2 kali gua nangis baca cerita ni. thanks

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

So touching, memorable.... I like it very much. Thanks abg Gayour

gayour said...

cromirama
aduuu...takkan la mat rock tegarpun nanges! leceh la cam ni. uuu..uuu... lu nanges masa baca, gua nanges masa melukisnya. uuuu...uuuu...

arrazzi alhafiz
ah! tak ada apa. semua ilham dariNya. gua hanya tukang lukis je.

terima kasih kerana menyukainya.

Raja Beloot said...

Salam bro...
Mintak izin share..jgn maraaah haaa
TQ !

Jenonymous said...

Penah baca dah ni rasanya. Tang teman berak tu banyak memori aku jgk tu

sunmelonz said...

aduh... sayu hati aku... pernah baca dulu, lepas 11 tahun, baru dpt baca balik, memang beri kesan pd hati sanubari aku... bro x mau buat koleksi utk lukisan yg lepas2 ka? Harap dapat buat!

gayour said...

raja beloot
orang mintak izin dulu. pas tu tunggu jawapan, bagi izin atau tak. kalo okey baru sedut dan tampal.
heh!

ya gua izinkan. terima kasih kerana suka dan menyedut karya ni untuk dikongsi dengan sahabat yang lain.

mhagnoth
sampai nak berakpun mak kita temankan. besarnya pengorbanan mak kita ya.

$unmelon
terima kasih kerana masih sudi membaca semula cerita ni walau 10 tahun telah berlalu.

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Kartunnya cantik...Kalau kalian yg berminat pula mengenai kecantikan diri sendiri, coba pelajarinya dengan merujuk info yg ada di sini:

Petua Kecantikan Diri Sendiri

Tentu skali kamu lebih gemarnya melukis seseorang yg cantek berbanding tidak. Semoga sukses yah! Tq.

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

amir?.. huhuhu teman ade juga simpan cite amir nih... ala yang parentnye bz pasal bisnis... dia tinggal dgn adik dia yg pompuan tu... amir selalu p jamming... last cite.. dia bunuh diri.... walawey.. rasanye dah lebih 20 thn kot cite tu.... blh plak ingat.... kalau studi buku sekolah tu.. hram tak ingat....

nanti kalu ada .... teman tepek kartun tu kat belog teman....

Unknown said...

Salam, fuh terbaik.. teringat kat arwah mak.. T_T

abang minta izin share..
plizz..

naisse said...

ncik gayour, smart ah. :)
tringat waktu lawat ncik tahun 2008,
tp rsanya waktu tu ncik gayour takde.

btw, very nice drawing and really touching :)

anyway, smoga terus berkarya ncik gayour!

salam ukhuwah :)

gayour said...

angin selat melaka
Allah itu bersih dan sukakan kebersihan.
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
moga encik sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

dotblogspot...
tu cerita " siapa yang harus dipersalahkan ". yeah! hampir 20 tahun dah cerita tu. antara cerita yang sangat gua suka. ya, sila la tempek cerita tu kat blog encik. boleh share dengan sahabat2 yang tak pernah tengok dah baca seblum ni. nanti bagi tau gua ya. nak tengok dan baca balik. HEH!

gayour said...

imran mohd
ya, silakan sedut dan tampal kat blog encik. sebar dan share dengan semua. moga ada kebaikan!
tak cukup sekadar ingat tapi terus berbuat baik, menjadi anak yang soleh dan doa untuk kebahagiaan MAK

husna ismail
encik pernah datang melawat ke karangkraf dan tak jumpa gua? yeahoooo! gua nyorok bawah meja. HEH!

terima kasih kerana suka dengan kisah MAK. hanya sedikit sumbangan gua sebagai seorang kartunis. moga ada kebaikan.

moga encik sihat, bahagia, diberkati dan dirahmatiNya sentiasa.

salam ukhuwah

Lokman Hakim said...

waaa, ingat lagi katun ni zaman skolah rendah dlu.zaman tu ujang pakai kertas putih keras lg.best3.mmbuatkan air mata menitis.

abg gayour, nak share kat blog saye gak buleh....

gayour said...

mohammad lokman hakim
masa tu kertas masih murah. bleh la guna kertas yang best.
ya, silakan sedut, tampal dan kongsi kisah MAK dengan semua sahabat!

Yob Aidil said...

Hehehe.. akhirnye terpablish juge komik nie.

Ade lagi komik lu yg akan gua emelkan. especially poster bumper amar tinggung n sebelahnye ade gibson sg xsilap.

fuh.. influence gua giler mase tuh..

ape2pon teruskan melukis gune teknik hand drawn nie.macam dato lat, stroke lu n aie udah gua hafal bebenor. a class of it's own.

Unknown said...

baru hari nih aku baca kartun ini, air mata mengalir tak terasa

gayour said...

mr.aidilangelo
ya, setelah sekian lama. masuk ke tahun baru hijrah dan masihi baru gua tampal kisah ni untuk semua menikmatinya.
terima kasih pada encik aidil.

yeah! emel, JANGAN tak emel pada gua. boleh tampal lagi kat sini

akusaiful
nanges konon! ngape kao nanges kat sini? pergi kao nanges dalam hutan!

harhar!

terima kasih kerana suka dengan kisah MAK. encik boleh sedut dan tampal kat blog encik untuk dikongsi dengan sahabat2 yang lain.

DzaHbatikdigital said...

salam Rock Metal Keras Bro Gayour...

setelah 20 tahun.....akhirnya baru dapat saya mengucapkan terima kasih kepada semua karya anda yang banyak mempengaruhi perjalanan kehidupan saya..memang karya-karya anda sangat-sangat bersama selamanya...saya masih menyimpan kesemua koleksi ujang fi awwal wal akhirah.....

gayour said...

donkeyking
terima kasih. gua terharu. moga encik sihat, bahagia, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

ChAm@CiDa said...

thankx gayour.. aku membesar dengan hasil karya ko masa ujang dulu.. sedar tak sedar nak dekat 20 tahun dah..

saniy said...

bro,aku ingat tyme ni gua darjah 4 da.hehe...lu suke mengimbau zaman kanak-kanak gua la bro. sacred reich- 31 flavors terbaek la,!!!!

saniy- UPM

gayour said...

cham@cida
gua membesar dengan karya kartunis don, kerengge, zbh, allahyarham pak jab, jaafar taib, azman yusof, yo, kartekana, allahyarham mojo, poe, kutil yoyo, mat piah...
juga dengan scorpions, deep purple, black sabbath, led zepp, van halen, whitesnake, rainbow, ufo, bad co,. uriah heep, ac/dc, motorhead, thin lizzy, pink floyd, saxon, lynard skynerd, krokus, sweet charity, blues gang, the unwanted, alleycats, hail amir, uji rashid, allahyarham p. ramlee, m.zain. ahmad nisfu...
lebih 20 tahun telah berlalu... tq.

warna krayon
terima kasih. trus berjaya!

together we are strong-eternal ban!
destruction

CikAizA said...

ayah saya minat sgt barder gayour... mengalahkan bdk2.... hehheheh

suri solehah said...

salam jumpa blog gayour dari blog cekodok..ingat penah jadi peminat gayour dulu :-)

lady-D said...

ehhhh gayour ade 2 blog rupenye..rindulah kat amar..*tetibe

mykhalis said...

baru terjumpa blog ni..khalis ada ingat cerita nie..tahun 2000 ni masa kehulu kehilir menyeludup ujang di asrama.. hehe masa pmr nie.. rasa ingat sangat cerita nie..

Unknown said...

assalamualaikum..
abg gayour,puas saya cari ujang keluaran yg published cerita pasal mak ni.sy ingat lagi,lps saya baca artikel abg ni,sy jd sebak,n seriyesly sejak dari tu,apa yg saya buat,sy akan teringat mak n ayah.cerita ni sempoi,tapi msg sgt mendalam.dan pengakhiran cerita abg tulis tu,buat..buat saya mcm..risau dgn kedatangan 'hari tersebut',walhal kita sebagai Islam kene yakin dengan kehendakNya..reda dgn pemergian emak saya,sy teringat kembali artikel abg,dan ia sungguh bermakna..utk kita meneliti balik,apa yg sudah emak kita lakukan utk kita sehingga hari pemergiannya.alfatihah utk beliau,dan utk abg,sy doakan abg terus berjaya dunia akhirat.

p/s:mohon utk di post di fb or twitter sy bile hati tergerak nk kgsi dgn rakan2..thnx abg gayour

comel said...

thnks gayour...
aku pernah baca kartun ni mase aku kecik2...

thnks, aku nak call umi aku jap...

gayour said...

aiza
ya, ayah encik tu pernah jadi budak2. biarkanlah beliau menkmati semula zaman budak2 dengan cara beliau.

terima kasih pada cik dan ayah cik aiza.

suri solehah
syabas kerana bejaya jumpa blog gua dan tq kerana penah meminati karya2 gua. heh!

gayour said...

d_la
guapun rindu kat amar.cis! leceh tul bila rasa rindu2 kat beliau!

mykhalis
pengalaman tinggal kat asrama suatu yang sangat seronok dikenang seperti menyeludup dan baca majalah humor curik2, berebut2 dan silap2 boleh mencetuskan pergaduhan besar! heh!

gayour said...

halmi
encik masih boleh trus berbuat baik dengan sedekah dan doa untuk bonda yg telah tiada. berbuat baik dan jadilah anak yang soleh. dia bahagia di sana dengan perbuatan baik encik.

terima kasih kerana meminati kisah mak. gua terharu. terima kasih juga atas doa encik pada gua. moga Allah memberkati dan merahmati encik.

yeah! sila sedut, kongsi dan sebarkan pada semua kisah MAK ni.

comel
terima kasih MAK atas kasih sayang dan pengorbananmu...

miss funny said...
This comment has been removed by the author.
alquinin said...

bro aku setuju dengan ayat-ayat pada petak terakhir tu. manusia memang dah semakin hilang kasih sayang.

emo betol aku membacanya.

JAIRO said...

kazen aku ada simpan koleksi kartun lu dari era gelihati dia kompile jadi satu scrap book.... mmg rare giler la.... era citer WHO TO BLAME.... nanti senang2 aku review.... btw kazen aku tu napa dia GART i think lu tau dia ni...

ujangNS said...
This comment has been removed by the author.
ujangNS said...

salam bro.... aku pernah baca sepuluh tahun yang lalu... sungguh menusuk jiwa... dan ada satu lagi karya dalam majalah ujang kisah sorang budak yang tengok org lain tengah beraya di belakang tembok ada satu famili ajak budak tu beraya kemudian budak tu ajak pergi jumpa mak dia...mak dia di dalam liang lahad... tak salah akau karya gayour jugak... maaf ler kalau salah..

mujahid said...

salam bro gayour.. saya pernah duduk hostel sejak form 1 sampai form 5.. (92-97) saya survive n live very independent even balik kampung sebulan sekali n balik sorang2 parent tak pernah amik sebab sekolah jauh.. first time naik bas pun blaja sendiri2 je.. so saya mengandaikan diri saya bukan anak manja cam budak2 zaman skang.. tapi bila saya masuk U, then tahun 99/00 saya baca karya bro ni.. perghh.. saya nangis cam budak kecik.. siap kunci pintu bilik takut kantoi ngan kawan2.. haha hari ni tetiba teringin nk cari karya ni tengok2 ada la pulak.. thanks sbb memberi jiwa pada karya ni..

gayour said...

trevor
mana boleh kita hidup dengan aman damai dan bahagia kalo tak ada kasih sayang.

tapi kalo emo manjang, leceh gak!

jairo
ya, cam penah dengo nama encik gart tu.

hoalanso bundle
lama dah gua tak beli t-shirt bundle

gayour said...

ujangNS
salah! memang salah, bukan den yang buek cito tu. kartunis lain yang buek

tak kisah la asal kau suko dengan cito MAK.

mujahid
wah! pengalaman lepas yang menjadikan encik hebat, handal, gagah dan berjaya! syabas!

gua tak berniat buat cerita tu nak buat encik nanges kunci pintu. uuuu...uuuuuu....

yusof erman said...

bro.
gua igt lagi cter ni masa baca smbil mmegang hardcopy ujang..

last 2 years abah gua dah kasik klear segalakoleksi silam gua. gua susun setinggi kaki sampai pinggang (2 baris) utk khazanah2 ni semua. tapi lesap di pajak kertas dlm lingkungan rm50 jer.

tak berbaloi

gua kenal lobo, bisley pun sebab lu bro. tq

gayour said...

yusof erman
macam2 cerita ada dalam majalah rare tu, hanya rm50 jer! tragis sungguh! uuuu..uuuuuu..

terima kasih kerana pernah meminati karya2 gua.moga encik sihat, betambah rezeki, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

yusof erman said...

bro. mana nak dpt baju lobo yg kepala die mengigit bibir muka kebiruan tahan berak tu?

gila best uuuuuuu uuuuuu

dnnya said...

Gayour, semoga anda menjadi 'the best' utk selamanya..
Trimas krn hidupkan sebuah nostalgia..

4th miles said...

aku minat gelihati sbb ade gayour,aku minat cerita dn lukisan Siapa yg harus disalahkn oleh brader gayour,mcmmna aku nk dptkn balik cerita tu?brader gayour ade simpan lg tak?

StingRay said...

Aku ingat sebab mak dia cun.haha.

Unknown said...

Terbaik gayour...

jellykodok said...

Alhamdulillah...Akhirnya jumpa jugak citer ni..dah bertahun2 pun masih teringat2 citer ni..Ingat lagi masa baca citer ni dlm majalah ujang edisi raya klau tak silap..tahun 2000 kot..lupa..sejak tu citer ni tak pernah luput dr ingatan..bila tgk karya gayour,benda pertama yg muncul balik dlm otak mesti citer ni..tak sangka betul dah 20 tahun jumpa balik citer ni...rasa menyesal tak simpan majalah ni dulu..majalah dah kena bakar dgn mak rasanya..