Monday, January 10, 2011

MAK

MAK

SEPULUH TAHUN YANG LALU

06 SAFAR 1432H - 11 JANUARI 2011


Bila dapat arahan dari boss untuk membuat keluaran khas majalah UJANG sempena sambutan tahun baru masehi 2000 dan masuk ke alaf baru milinium, kepala hotak bejambul gua trus *pling! nak buat satu kisah yang dah lama gua nak buat. Ni la masanya untuk gua melaksanakan impian gua tu. Sibuk sangat la kononnya dengan cerita Bersama Selamanya dan pengurusan sampai tetangguh nak buat kisah ni! Alasan!

Gua melukis cerita ni dengan sepenuh jiwa raga dan ghairah!Gua tak kisah kalo sahabat semua tak suka, benci, meluat, pengsan atau muntah darah dengan kisah ni.

Cerita ni gua buat SEPULUH tahun yang lalu. Kisahnya telah dilupakan kerana tak menarik untuk diingat. Ia bukan kisah cintan cintun remaja. Tak best manapun. Suatu hari pada tahun lepas, sorang sahabat, mr. Aidilangelo aidilangelo.com telah mengirimkan salinan cerita ni pada gua. ARGHH! Rasa sungguh terharu dan seronok dapat tengok dan baca balik cerita ni. Eee… seronoknye! Ini adalah cerita yang sangat gua suka dalam banyak karya yang gua hasilkan selama ni. Mr. Aidilangelo sangat meminati karya ini dan menyimpannya dengan baik. Terima kasih mr. Aidilangelo. Gua tampal kat sini kerana ada sorang dua peminat yang bertanyakan pasal cerita ni. Gua terharu. “ Ada gak yang suka dan ingat pada cerita ni rupanya walau SEPULUH tahun telah berlalu!”.

Pada yang suka, selamat menikmati semula kisah “MAK” yang pernah dinikmati SEPULUH tahun dahulu. Ini untuk korang. Pada yang belum pernah melihat, membaca dan menikmatinya, selamat menikmati sekiranya sudi. Pada yang meluat, karya ni bukan untuk korang. Jangan baca!

Sepuluh tahun dahulu…







Terima kasih mak…

cerita ni telah diterbitkan dalam majalah UJANG keluaran 01 01 2000