Wednesday, July 8, 2009

POSTER

POSTER
16 REJAB 1430H - 09 JULAI 2009

Lama tak masuk entry baru kat GALERI gua ni. Entah la. Hari ni tetiba rajin la plak. Bahanpun ada dan yang paling penting, ada masa. Kali ni entry pasal poster yang gua buat untuk majalah G3 # 65, kuaran bulan Julai 2009 yang ada kat pasaran sekarang. Cam ni la rupe posternye.

Sebenarnya idea ni gua cadangkan untuk cover G3. Tapi ahli majlis tertinggi sebulat suara menolak idea untuk cover dan mencadangkan untuk dijadikan poster. Emm... cam ni yang biasa belaku. Tak semestinya idea kita tu sesuai untuk cover, ia sesuai untuk poster dan sebaliknya. Lagi teruk kalo direject! Lakaran ni gua buat masa sedang meeting. Biasak la tangan tak bleh diam. Nak menconteng jer!

Tak ada rujukan masa melukis poster ni. Lukis ikut rasa. Alhamdulillah, memori agak kuat sket pasal motor chooper. HEH! Apa yang pasti gua sangat seronok lukis poster ni. Pasal tu tak perlukan rujukan dan gua bleh buat apa saja tanpa terikat atau terikut dengan rujukan. Belasah! Gua ink menggunakan brush ( series 7 . finest sable. winsor & newton ). Sayangnye lukisan asal yang gua ink hilang ntah ke mana. Puas gua cari. Tak jumpa. Tak tau ada orang amik/curi atau gua yang letak kat mana-mana. Lemah ingatan letak kat mana! Tak dapat la nak tampal yang hitam putih kat sini. ARGHHH! Poster ni diwarnakan oleh pewarna digital department ilustrasi, encik Faiz. Kalo sobat semua beminat dengan poster ni, bleh kumpul duit seposen sorang dan dapatkan majalah G3 kuaran bulan Julai ni.

berseronok la masa melukis

17 comments:

Aloy Paradoks said...

gua suke poster group muzik rock.

gayour said...

aloy paradoks
lu bleh beli majalah2 pasal band rock kat pasaran. ada poster band rock. heh!

dkama said...

mak ai cun nyer poster... len punya keluaran buat poster pasal TZM kat genting pulak bro... hahaha PEACE...

gayour said...

dkama
nanti gua buat poster basikal plak.
have bike will travel!

RABUN said...

smartttt!

gayour said...

indra qirana
terima kasih

Kimie said...

Salam Bro,

Poster mmg cun tapi kalu ada awek sebelah musti tambah CUNGGG... awek jugak nak selit... thehehe

P/s Menda tajam kat kuar exzos tuh sekali kena tayar pomcit bro... ahaks

gayour said...

kimie
memang nak buat awek tapi tempat duduk motor tu satu jer. pasal tu la tak ada awek.

Kimie said...

Yer yer.. sila add awek nanti yer .. ekekeke...

Nanti bikin gambar LC135 plak... ekekeke

gayour said...

kimie
orait la okey!

Jonjenin said...

bila belek semula majalah gila-gila, gelihati, ujang n g3...gayo dh lalui banyak transformasi lam gaya lukisan. bravoo!

gayour said...

jonjenin
trus melukis untuk menjadi mahir/pakar dan mendapat stroke yang bermutu dan terbaik!

tq

eddie dewanaga said...

bro, bikin vintage punya Slash n Black dgn satu chopper mcm yg lu pernah bikin dulu...

lu punya chopper, kalau budak2 dari siri American Chopper nengok, mau diorang tarik lu jadi resident designer...

terutama sekali big boss Orange County Chopper, Mr Paul Teutul Sr.

hafiz said...

cun bro... bile nak wat koleksi pin-up2 powe?

gayour said...

eddie dewanaga
lukis chooper memang memghairahkan! tak dapat jadi designerpun tak apa, dapat pegi melawat bengkel diorang dan bawak sebijik chooper round2 pun dah kira pengalaman hebat!

hafiz
terima kasih

aragon said...

hail bro gayour leh joint ker

gayour said...

aragon
hail to mr aragon!
selamat datang