Thursday, May 7, 2009

24 TAHUN!

KARTUN PERTAMA
MEI 1985 - MEI 2009
13 jamadilawal 1430H - 08 mei 2009

Alhamdulillah, setelah sekian lama GALERI ni dibuat, akhirnya gua bejaya gak memasukkan entri yang pertama. Penantian berakhir! Terima kasih pada semua yang besabar lebih lapan bulan untuk menikmati apa yang ada dalam GALERI ni. Semenjak dilancarkan dan blum masuk apa-apa bahan, begitu ramai sekali sahabat yang melawat, singgah, memberi komen dan dah ada followers! Gua tekedu. Biar betul diorang ni. Gua tak buat apa-apa lagi. Apapun, terima kasih yo la.. buek susah-susah yo. Patut ke gua mintak maaf kerana begitu lama untuk memasukkan entri yang pertama?

Sebagai permulaan, gua nak cerita sket sejarah perjalanan hidup gua dalam mengejar impian untuk menjadi seorang kartunis dan karya pertama gua. Tak sukapun tak apa dengan kisah gua ni. Tak la best manapun.


Semuanya bermula masa gua di tingkatan satu. Masa acara suai kenal, cikgu yang masih blum gua kenal temasuk kengkawan baru yang blum gua kenal . Diorangpun blum kenal gua. Elok sangat la tu! Cikgu kelas menyuruh sorang-sorang kuar ke depan untuk mengenalkan diri dan memberitahu pasal CITA-CITA memasing. Yeah, CITA-CITA!


Tiba giliran gua… gua melangkah penuh yakin dan mempekenalkan diri. Ramai awek yang masih blum gua kenal menyalin nama gua. Heh! Gua tipu! Siapa la gua… uuu.. uuu…

Dengan tegas, yakin dan bergaya gua menyatakan pada guru dan semua kengkawan baru mengenai CITA_CITA gua. “ gua nak jadi seorang pelukis!’

Itu la yang gua kata, ucap, lafaz dan nyatakan pada semua tanpa merasa kesal, malu atau menyesal. Gua nak jadi pelukis.

Kenapa pelukis, pelukis apa?

Kerana bakat yang dipinjamkan Allah pada gua. Kebolehan gua melukis bermula sejak dari sekolah rendah lagi. Antara kengkawan, gua yang paling terer! Lukisan selalu nombor satu tapi pelajaran lain selalu nombor last! Uuu…uuu… Gua nak menafaatkan kebolehan ini sebaiknye. Kerana itu gua nak jadi pelukis. Dengan kebolehan ini gua jadi sangat suka melukis. Pada awalnye gua nak jadi pelukis KOMIK. Yeah, KOMIK! Bukan kartun.

Kenapa KOMIK?

Kerana pada permulaan, gua kenal, tahu dan datangnya semangat melukis bila melihat dan membaca komik-komik tempur tegar pahlawan Melayu di pasaran. Masa tu komik mendapat sambutan! Ini la puncanya. Terima kasih pada semua pelukis komik tanahair. Mereka antara penyebab gua jadi pelukis.

Kenapa tak jadi pelukis komik. Kata nak jadi pelukis komik. Apa dah jadi?


Memang gua nak jadi pelukis komik. Masa tu gua dah buat beberapa komik. Gua tulis dan lukis sendiri. Hantar ke Penerbitan Mediaseni tapi kena reject! Jangan ingat karya gua tak penah direject. Gua penah mengalami dan merasai pahit, pedih, pilu, hiba, sakit hati, sedih, benci, marah bila karya ditolak puluhan tahun yang lalu.

Kenapa direject?

Pasal tak best, buruk, hancur dan segala macam kelemahan lagi. Masa tu tiada siapa yang membantu gua. Tiada guru untuk bertanya, mendapat pandangan, mengkritik dan tempat rujukkan. Kawan-kawan kampung tidak banyak membantu. Diorang hanya mengangguk, tesenggeh-senggeh setuju dan suka dengan apa yang gua buat/lukis. “ Ekau memang terer lukih Gayour!” Tu yang diorang kata setiap kali melihat lukisan-lukisan gua. Tu la masalahnye bila hanya gua sorang yang terer melukis kat kampong. Rasa besar, gah dan hebat tak memasal. Semua tu hanya menjahanamkan sekiranya gua leka dan syok sendiri!

Dalam melukis kartun, gua melakukan semuanya sendiri. Memang susah. Gua ulangi… memang susah! Tu la pasal banyak kesilapan dan kelemahan yang gua lakukan. Rasa dah betul dah. Rupanya salah. Tu la pasal karya-karya gua direject pasal tak ada tok guru untuk berguru! Pada bakat-bakat baru hari ni, bersyukur la dengan segala kemudahan yang ada untuk belajar lukis kartun. Semua di hujung jari. Begitu la mudahnya untuk belajar. Gua cemburu! Bersukurlah. Untuk kemudahan semua yang beminat pasal kartun dan ingin belajar untuk melukis kartun dengan cara yang betul , gua berusaha membuat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Tak ada alasan lagi nak kata “ tak ada ke buku panduan melukis kartun buatan Malaysia?”. Saja mengada-ngada! Mungkin buku gua tak bagus, tak tepat, tak ditil penerangan atau contoh ilustrasinya, susah nak faham atau hilang akal dengan kandungannya, sila cari dan dapatkan panduan/rujukan dari kartunis lain. Gua tak kisah, yang penting korang berILMU!

Oh, yeah! Kenapa tak jadi pelukis komik?

Industri komik tanahair di awal lapan puluhan dulu tidak bersinar lama rupanya. Kegemilangannya berakhir dengan penutupan hampir semua syarikat penerbitan komik kerana kurang/tiada sambutan lagi pada komik-komik yang diterbitkan. Ini benar-benar mengecewakan gua yang sangat teruja untuk menjadi seorang pelukis komik. Punah harapan den! Kerana ini gua tidak berjaya menjadi seorang pelukis komik. Bukan kerana gua tidak berusaha tapi kerana tiada tempat/syarikat penerbitan untuk membeli dan menerbitkan komik gua.

Ke mana arah setelah tiada lagi syarikat penerbitan komik?

Gua benar-benar tetekan masa ni. Segala usaha gua seperti tiada makna. Dah la susah ya amat belajar melukis. Belajar sendiri melalui buku, majalah dan komik. Tetiba tak ada lagi syarikat penerbitan komik. ARGHHHHHH! Ia benar-benar satu “masa kegelapan” dalam sejarah hidup gua. Untuk mengubati jiwa raga yang gundah gulana, setiap petang gua akan lepak sendirian kat sawah temenung sambil melihat burung, menikmati angin petang dan melihat matahari tebenam… layan blues la apa lagi. HEH! Seni sangat la kononnye masa tu. Harharhar! Gua tak nak jadi doktor, kerani, akauntan, guru, pilot, peguam, akitek…. Gua nak jadi PELUKIS!

Impian gua rupanya tidak hanya tinggal impian. Ia akan jadi kenyataan. Semuanya kuasa dan perancangan dariNya yang tidak gua ketahuai. Kuasa tuhan, gua ada sorang kawan sekampung yang abangnya merupakan seorang kartunis kat majalah Geli Hati masa tu.
Beliau mengenalkan gua pada bradernya yang pulang bercuti dan guapun berguru dengan beliau. Dialah guru pertama gua. Dialah yang mengajar dan memberitahu gua perkara asas mengenai kartun. Walau hanya perkara-perkara asas, ia sangat berharga. Kerana semuanya bermula dari satu dua tiga, alif ba taa, one two three…

Dia adalah KUTIL YOYO. Guru yang sangat gua hormati. Terima kasih brader! Budi baik brader menjadi ingatan disepanjanag hayat. Moga brader sihat, selamat, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Tidak menjadi kesalahan kerana korang tak kenal, tak penah dengar nama atau melihat karya-karya beliau.

Setelah mengenalinya gua betambah semangat melukis kartun. Harapan gua tak punah. Sinar cerah berada di hadapan! Gua hanya mengalihkan minat dan cita-cita dari pelukis komik ke pelukis kartun. Gua tetap melukis!

Dengan adanya guru, karya-karya gua mula dikritik, dihina, dipelekeh, dicaci, dikeji dan direject oleh brader Kutilyoyo masa proses belajar. Ia sangat menyeronokkan bila ada yang ahli dan memberi pandangan.

Setelah merasa terseksanya jiwa raga kerana direject, terpaksa ubah itu dan ini, akhirnya kartun gua diterima dan disiarkan buat kali pertama dalam majalah GELIHATI keluaran bulan MEI 1985, DUA PULUH EMPAT TAHUN yang lalu! Syukur pada tuhan. Bermula dari sini gua tidak berpaling lagi dan sejarahpun tercipta…



Inilah karya PERTAMA gua dalam industri kartun tanahair. Buruk, tak cantik, hodoh? Yeah! Katakan apa saja mengikut kehendak hati. Gua tak kisah, gua tak marah kerana ini adalah kebanggan gua setelah gigih berusaha dengan tegarnya untuk mencapai dan menjadikan impian kenyataan. Karya ni menjadi sejarah penting dalam hidup gua. Bumi terasa begoyang dan pandangan menjadi kelam kali pertama melihat karya ini disiarkan dalam majalah GELI HATI dua puluh empat tahun yang lalu! Gua tak percaya. Gua menggelengkan kepala tidak percaya, gua pejamkan mata... dan ia adalah benar. Itu la nikmat, itu la keseronokan yang sangat manis bila dikenang! DUA PULUH EMPAT TAHUN telah berlalu. Huh! Lamanye... korang buat apa masa ni?


Tahun 1985 merupakan tahun yang hebat dalam perjalanan hidup gua. Masa ni, muzik rock/metal baru memulakan Zaman Emas Kegemilangannya. Kartun pertama gua disiarkan pada tahun ini. Gua berkongsi masa, tahun dan kegemilangan itu bersama. Ayuh kita tengok peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku pada industri muzik metal dunia pada tahun 1985!

-Monsters Of Rock Castle Donington – ZZ Top, Magnum, Marillion, Bon Jovi, Ratt, Metallica

-Metal Hammer Festival – Festival Metal Hammer pertama yang membariskan Metallica,Venom, Wishbone Ash, Heavy Pettin, Warlock, Pretty Maids, Running Wild, Tyran Pace, Restless, Savage Grace, Nazareth

-Live Aid – Konsert yang bertujuan untuk mengumpul derma/dana untuk membantu mangsa kebuluran di Afrika. Dalam konsert ni Ozzy Osbourne telah begabung semula dengan Black Sabbath setelah tujuh tahun tidak bersama dan membawa lagu Iron Man dan Children Of The Grave Begitu juga dengan Jimi Page dan Robert Plant yang menghidupkan semula Led Zeppelin dalam konsert Live Aid ni. Hebat! Paling happening band Status Quo yang mempersonakan seluruh dunia dengan lagu “ Rockin’ All Over The World”.

-Ronnie James Dio memulakan rakamkan projek metal Hear N’ Aid – We’re Stars pada 20 dan 21 Mei 1985 untuk membantu mangsa kebuluran di Afrika. Projek ini membariskan ramai rockers dari Judas Priest, Motley Crue, Quiet Riot, Twisted Sister, Blue Oyster Cult, Dio, Dokken, Y&T, Rought Cutt, Queensryche, Ozzy Osbourne Band, Night Ranger, Giuffria, W.A.S.P., Spinal Tap, Ted Nugent, Whitesnake, Vanilla Fudge, Journey, Iron Maiden dan gitar hero Yngwie Malmsteen. Projek ini adalah sebagai jawapan pada projek pop Live Aid yang dianjurkan oleh Bob Geldof. Ronnie James Dio berkata “ projek ni membuktikan bahawa kami golongan metalhead juga prihatin dengan apa yang berlaku di Afrika. Ini adalah sumbangan kami”. Setelah dilancarkan, projek ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak US1000,000 pada tahun 1987.

-Drummer Def Leppard, Rick Allen hilang tangan kiri dalam kemalangan kereta.

-Rock In Rio – Konsert rock terbesar di dunia pernah dianjurkan buat kali pertama yang membariskan banyak band rock dunia. Antaranya Whitesnake, Iron Maiden, AC/DC, Scorpions, Queen, Yes, Nina Hagen, Ozzy Osbourne, Rod Stewart. Edisi pertama Rock In Rio berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Lebih 1.5 juta orang telah datang menyaksikan pesta konset rock terbesar ni!

-David Lee Roth keluar dari Van Halen

-Wrestlemania ( WWF masa ni ) yang pertama telah dilancarkan. Hulk Hogan bersama Mr.T menewaskan gandingan Roddy ‘Rowdy’ Piper dengan Paul Orndoff.

Antara album rock/metal hebat yang menjadi sejarah dalam industri muzik dunia yang dikuarkan pada tahun 1985 bersama kartun gua, HEH!. Antaranya;

AC/DC – Fly On The Wall
Anthrax – Armed And Dangerous
Anthrax – Spreading The Disease
Accept – Metal Heart
Armored Saints – Delirious Nomad
Aerosmith –Done With Mirrors
Autograph – Turn Up The Radio
Asia – Astra
Alcartrazz – Disturbing The Peace
Bathory – The Return
Bon Jovi – 7800 Fahrenheit
Blind Guardian – Lucifer’s Heritage
Blind Fury – Out Of Reach
Bad Company – 10 From 6
Blue Oyster Cult – Club Ninja
Celtic Frost – To Mega Therion
Cobra – Warrior Of The Dead
Dokken – Under Lock And Key
Dire Straits – Brothers In Arm
D.R.I. – Dealing With It
Destruction – Infernal Overkill
Dio – Sacred Heart
Dark Lord – State of Rock
Exodus – Bonded By Blood
Earthshaker - Passion
Fates Warning – The Spectre Within’
Grave Digger – Witch Hunter
Helloween – Helloween
Helloween - Walls Of Jericho
Horizon – Master Of The Game
Iron Maiden – Live After Death
Icon – Night of The Crime
Kiss – Asylum
Keel – The Right To Rock
Loudness – Thunder In The East
Lizzy Borden – Love You To Pieces
Megadeth – Killing Is My Business and Business Is Good
Motley Crue – Theatre Of Pain
Nasty Savage – Nasty Savage
Omen – Warning Of Danger
Overkill – Feel The Fire
Pantera – I’m The Night
Possessed – Seven Church
Pentagram – Pentagram/Relentless
Queen – The Complete Works
Running Wild – Branded And Exiled
Ratt – Invasion Your Privacy
Rage – Depraved To Black
Rought Cutt – Rought Cutt
Rush – Power Windows
S.O.D. – Speak English Or Die
Slayer – Hell Await
Sepultura – Morbid Virsion
Sacrefice – Torment In Fire
Stryper – Soldier Under Command
Savatage – Power Of The Night
Sodom – Obsessed By Cruelty
Scorpions – World Wide Live
Twisted Sister – Come Out And Play
Tony McAlpine – Edge Of Insanity
The Cult – Love
The Gods – I’ll Get You Rockin’
The Misfits - Legacy of Brutality
Uriah Heep – Equator
U.F.O. - Misdemeanor
Virgin Steele – Noble Savage
Venom - Possessed
Warlock – Hellbound
Waysted – The Good The bad The Waste
W.A.S.P. – The Last Command
Whiplash – Power And Pain
Warrior – Fighting For The Earth
Yngwie Malmsteen Rising Force – Marching Out
Yesterday & Today – Down For The Count
ZZ Top - Aftreburner

Tak ketinggalan di tahahair kita, beberapa peristiwa besar dan hebat telah berlaku pada tahun 1985 dan menjadi sejarah seperti;

Search – Cinta Buatan Malaysia
Sweet Charity – Berita Gempar
Blues Gang – Sakit Sakit Sakit
Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga.
Pembukaan Jembatan Pulau Pinang.

Gua berkongsi peristiwa-peristiwa hebat ni dengan kartun pertama gua 24 tahun yang lalu!


maaf pada semua kerana begitu lama menunggu...


enjoy!

58 comments:

corneamelayu said...

lepas ni kau cite plak cmana kau bleh terjebak main bola...heheh....-dari aku yg penah main bola dgn team bola Ujang-Apo thn 2000-2001 kot...

gayour said...

cornermelayu
patut la team ujang-apo selalu kalah, encik join sama rupenye! heh!

tq sudi singgah ke blog gua.

corneamelayu said...

mmg gua dijemput utk mengkucar kacir kan team sendiri...bukan semua team nak kalah...

gayour said...

cornermelayu
encik tak adopun kalah, encik ado lagi la teruk kalah!
pemain impot konon, blah la!

harharhar!

corneamelayu said...

haahaaaha....kesian encik ado...

dkama said...

tahniahhh brader atas blog nih n pencapaian lu melukis... gua da lama minat kat ain tapi amar gak yang die bekenan hehehe...

Encik ado rupanya punca kekalahan... hehehehe

gayour said...

corneamelayu
biarkan beliau rasa. tak payah nak kesian-kesian!

dkama
bukan AIN tapi LIN. uuuu...uuu..
malu! maluuu!

harharhar!

eddie dewanaga said...

hehehe... 1985, gua sedang struggle hidup dalam hostel, dunia baru sekolah menengah, dimana gua belajar segala pengalaman hidup dan mengenali satu genre muzik yg akhirnya menyelaputi jiwa...

dengan adanya galeri lu ni, sedikit sebanyak bisa mengenang nostalgia lama. bro.. nanti sumbat la katun2 lu yg lama2...

ajie said...

1985, gua baru masuk tadika...baca pun terkial2 lg...

dan gua pun antara spesis manusia yg follow lu punya kartun dan kartun2 Malaysia yg lain...

wa add blog lu kat port wa erk abe gayo... lu mmg rock, wa sampai skrg masih follow kartun lu esp dlm G3 tu...

H A F I Z said...

pergh, beza gila kartun tu dengan zaman Bersama Selamanya!

Pergh!

Kalamtimur said...

fuhhh, apo nak dikatokan. pernah baca gak kartun Kutil Yoyo kat majalah Gelihati dolu-dolu. ke mana menghilang kartunis yang jadi adiguru encik gayour?

Abang Ben said...

kartun pertama dah di taman bunga... memang dalam hati lu ada taman bunga ah bro! Caya!

John Iverson said...

Betul bro... usaha yg tekun akn nmpak hasilnya.... Tahniah bro utk kejayaan yg dicapai...

Kito said...

(u.u)terkedu hamba membaca tuan sifu punya perjalanan.Pelbagai liku harus dilalui dan onak duri di tempuhi.Sifu,ini hamba sifu....ank muridmu Pungguk...Hamba pun turut mahu mendengar suatu kritikan dari tuan guru.Kutukan dari guru demi menjadi seperti guru.Mohon Ampun...Hamba bersedia menerima kritikan....

JAIRO said...

apa2 pun SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN? WHO"S TO BLAME adalah karya yang paling rules...\m/ masih berharap kalau kartun tu kena publish lagi!!!

dkama said...

lamak malu den ain n ira tuh adik dio kan... yang cun tuh Lin.... hahaha.... somonjak lin pogi jauh dari den... lupo pulak den kek dio.... brader kim salam kat Slash... hehehe

gayour said...

eddie dewanaga
gua tak penah tinggal kat hostel tapi tahu akan kehidupan sadis kat hostel pasal ramai member2 gua dulu stay kat hostel.

ajie
masih kat tadika? syabas kerana berpeluang belajar kat sekolah makan-makan tu. heh!

tq kerana masih mengikuti karya2 gua.

hafiz
teruk huh? itu karya 24 tahun yang lalu. itu adalah permulaan.

kalamtimur
nampak sangat cikgu ni oldskool pasal penah tengok dan baca karya2 brader kutilyoyo. heh!
entah la cikgu, sayapun tak tahu kemana guru saya tu menghilang dan berada sekarang ni.

gayour said...

abang ben
dulu seblum gua blah ke key ell bekerja tetap sebagai kartunis kat GeliHati, gua amik gambo pemandangan kat taman tasik/bunga bahau sebagai rujukan bila perlu masa melukis. betul tak tipu!

orang boleh membawa gua keluar dari bahau tapi orang tidak boleh membawa taman bunga bahau keluar dari diri gua. heh!

john iverson
berusaha dan tahu apa yang kita lakukan!

kito
sekiranya menghina, mengutuk, mengkeji, mencaci, pelekeh dan segala yang tak disukai itu perlu dan bekesan, gua tetap akan memilih cara lain yang lebih baik dalam memberi kritikan dan pandangan. selamat melukis kartun!

jairo
guapun suka dengan cerita tu. itu antara cerita yang paling gua suka.

who's to blame

dkama
tu la rakus sangat. kan dah malu satu kampung. buek yo laie. harharhar!

Kalamtimur said...

buleh x siar lebih byak kartun oldskool di g3, encik gayour di lain maso?

deaf_angel said...

bro Gayour

ko simpan lagi tak artwork ko draw Usop ngan Iron Maiden ( Blaze era ) duduk tepi pool ke hapa ntah.

Kalo ada ko tampal balik?

Aku dah gi buang majalah ada lukisan tu kat dalam.
Thanks.

Kito said...

Hambaa amat menghargai tunjuk ajar sifu.Terima Kasih sifu(n_n)hamba akan berusaha mempertingkatkan lagi mutu artwork hamba dari masa ke semasa....Hamba mendoakan moga sifu semakin berjaya dalam bidang sifu.....Aaaamiiinnn

gayour said...

kalamtimur
kat g3 rasanya tak boleh. ia karya2 terbaru. saya akan cari dan sumbat karya2 oldskool saya yang penah disiarkan pada zaman purba dulu kat blog GALERI ni.

deaf_angel
oh! gambo pakcik din begaya dengan iron maiden tu? mana nak cari ye? kalo jumpe nanti gua tampal la ye.

kito
terima kasih atas doa. guapun doakan kejayaan buat encik atas usaha yang dilakukan.

RIORASHID said...

bro...
mlukis kartun pun a part of melukis komik gak... cuma komik dalam genre humor.

lu la banyak inspired gua masa mula2 melukis dulu... lu punya slash, black & late elvira. 1st karya gua tersiar dalam majalah GELIHATI, bakat kita kelolaan namron... masa tu gua dalam form 3, tahun 1990. terkebil2 macam lu jugak la bila 1st time tengok artwork masuk mag... tapi gua punya 1st artwork cun sket dari lu punya 1st artwork! har har harrr!!

gayour said...

riorashid
syabas kerana kartun lu lebih cun dari kartun gua. walau kartun gua buruk tapi kartun gua lebih dulu disiarkan dari lu!

harharhar!

syabas dan selamat trus melukis kartun.

berteromber said...

tahun 85 memang best bro...gua pun time tu baru nak kenal2 rock selepas zaman duran duran...

gua cadang la...kalau sesapa ada simpan lagi kartun2 bro gayour yang lama2...terutama zaman gelihati...mari la kita kongsi2 supaya boleh bro gayour post kat sini...

nanti gua balik kampung gua check la kot2 mak gua lum bakar lagi gelihati lama ni..

gayour said...

berteromber
cadangan yang baik. gua sangat2 mengalu-alukan kalo ada sesapa yang masih menyimpan karya2 lama gua untuk dikongsi bersama kat sini.

terima kasih.

bleh emelkan pada gua

gayour@karangkraf.com.my

brain jelly said...
This comment has been removed by the author.
matakucing said...

elemerk..selain sejarah kisah hidup lu lu pon selit sejarah rock eh..cayolah brader gayour..tp bila tgk lukisan pertama lu tu ermm trademark lu "sneakers" tu tak tinggal eh..hahaha kadang tgk kat sokabar perdana pon ada gak selit2 kartun lu eh..ermm nak tanya ni apa beza lukis komik ngan kartun??. Agak2 ingatan lu waras karektor ape yang lu mula2 lukis eh? ermmm lagi apo nak tanyo ni..ermm ok lah dah la nnti gua tanya lagi..Oh ye tahniah la sebab blog ni dah up. iissshh byk mulut pulak gua ni..sudah la :)

gayour said...

matakucing
gua suka lukis sneakers. ia tidak semudah yang disangka kalu tidak ada rujukan. ramai kartunis lama dan baru tidak belajar dan ambik peduli sangat pasal melukis kasut ni. hentam ikut kepala hotak!

tak ada beza sebenarnya antara komik dan kartun. dua2 memerlukan kemahiran dan ILMU melukis. dua2 memerlukan kemahiran melukis anatomi manusia. gua sangat menekankan kemahiran anatomi.

kartun dalam genre humor. mesti lawak, lucu, kelakar. beza sket dengan komik yang lebih serius dan memerlukan kemahiran tinggi untuk melukis semua benda - karakter, kenderaan, latarbelakang, binatang dan segalannya. sama dengan kartun, cuma ia tidak mengikut porpotion yang betul tapi asasnya adalah betul!

seingat gua, di zaman purba dulu gua suka lukis ultraman dan super freak hero yang lain.

matakucing said...

ooo byk camtu tu bezanya kartun ngan komik..tima kasih brader kerana berkongsi ilmu lu..nnt isi blog ni lu ada buat tutorial ker..kalu ada cantik gak..hehehe gua suka karektor Mat Tepet & Mail hahaha gua tak suka Amar hehehe

gayour said...

matakucing
gua tak buat kelas melukis kartun kat sini. boleh dapatkan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR kalo nak tahu dan belajar.

cis! berani lu tak suka/minat kat amar. tau kat mat tepet dan mail, habih la perut lu kena tumbuk! heh!

Achan Sinclair said...

Memang Gayour The Lagend, memang dalam ingatan gua kartun lu memang kacip dengan suasana mamat-mamat rock rambut macam Hakim Mahkamah Tinggi. Kartun yag lu post tu memang classic habis.

Tahun 85, mak gua tengah pening fikir macam mana nak sambut kelahiran gua ke dunia ni. Dr Mahathir tengah sibuk rancang-rancang nak promo kereta buatan nasional pertama. Lu dah bikin masterpiece..memang garang.

gayour said...

achan sinclair
tahniah kerana lu bekongsi tahun kelahiran dengan kartun pertama gua!

sayanghasni @ yus said...

rindunyer ngan watak kartun dalam bersama selamanya..
nak2 si slash itu..
harap2 galeri nie akan diupdate selalu...

gayour said...

sayanghasni@yus
yeah! moga gua akan menjadi rajin selalu. heh!

Habang said...

Bro Gayour,
member aku pernah dengan banggannya menunjukkan kad kawinnya yang dihiasi dengan lukisan-lukisan bro..menarik dan lain dari yang lain.

Kalau aku nak kad kawin camtu gak bro gayour leh menjadikannya kenyataan tak?..hahahaha

gayour said...

habang
sungguh seronok bila dapat membuatkan orang seronok degan kebolehan yang gua ada. insyAllah, sekiranya bekesempatan gua sedia untuk membuatkan member encik yang dah kawen tu jeles plak dengan kad kawen encik. biar beliau rasa plak! heh!

"...kita ke sana nak tengok
member kawen tapi kau bersiap
mengalahkan pengantin..."

rampa

aidilangelo said...

One of the most awaited post, ever! Hahaha! Curse on you for making me to wait for such a "lightyears".. ekeke

Nice trivia bro. Especially those rock albums part. Manowar xda ka? ekeke.

It's nice to read ur comics with additional info on the band. Mcm cite Bersama Selamanya. Tanpa komik tuh, teman mungkin bukan peminat Manowar, Cinderella, Uriah Heep, Motorhead, dan xmungkin mengenali Danzig, Suicidal Tendencies, Venom dan banyak laie. Mcm ensaiklopedia bergambar plak rasenye. Haha!

So to all Metallist out there.. behold and salute to our nation's Metallist Artist.. (applaud2 + Hail! Hail! Hail!)

gayour said...

aidilangelo
memang menjadi kesukaan gua melukis, membuat atau menulis nama2 band metal tu dalam karya2 gua untuk dikongsi bersama peminat.
"kerana nama2 band metal yang brader gayour tulis/lukis tu la gua tahu dan cari sampai jumpa kat kedai kaset!"
kata2 dari peminat yang gua temui. harharhar! sungguh seronok.

kings of metal manowar tak mengeluarkan album tahun tu.

hail and kill!

wakaradesign said...

salam gayour..
hahahahahaaa..

gayour said...

wakaradesign
eh! ni bukan ker pak cik kerang. bukan ke atau ke?
ontah la konpius pakcik!

Koi 9w2mzr said...

salamekom brade gayour rock..!lu ni mmg rockers tegar malaya ar bro..caya sama lu!1st of all wa mmg da lama minat ngan hasil kerja lu specially time gelihati tu dulu..masa tu wa duk kampung lg,so bole d katakan lu jugak pelopor fesyen rock era 80 an bro..anyway lu mmg best arr..

gayour said...

koi92w2mrz
HOH! koi tak sangka plak kartun2 koi jadi rujukan awok nak rock!
harharhar!
apapun, terima kasih banyak2 la koi ucapkan pasal awok penah suka kat kartun koi.

HOH!

CAKCIBOR said...

bang, den minat boto ngan karya kau. kau dulu mmg idola den maso rajin melukih dulu2. thn 85 tu den baru 2 thn. dah bosa sket baru den konal kau...sobab eh, pakcik den, Dwan kump Olan tu minat boto kek katun kau. dio bnyk simpan karya kau. dio ckp konal ngan kau. kau konal dio tak bang?

gayour said...

cakcibor
duan olan tu pakcik ekau?
harharhar!
dulu dio ponah datang jumpo den bawak kartun eh. macam hampeh katun yang dio lukih. habih den reject!
pakcik duan ekau tu buek apo skang aa? harap ekau dan pakcik akau bahagio.

" tiada apa yang dapat ku rasakan
selain dari cintaku pada mu..."

CAKCIBOR said...

dio dah duk pilah balik...buek kojo kampung.. patut la dulu2 den tgk artwork eh besepah yo...rupo eh kono rejek..harharharhar..baru la den tau..

Habang said...

Br0 gayour,
aku dgn hensemnya dah dapat buku Melukis Kartun Cara Gayour,
wlaupun buku nie dh lama kluar aku baru perasan de buku nie lepas lepak kat blog bro.hahaha.
Mantap buku tu. Senang difahami.0lahan yang menarik.

gayour said...

cakcibor
syabas kepada beliau kerana menjadi warga kampung balik. moga bejayo!
banyak band oldskool buat reunion sekarang ni, harap olan tak reunion balik!
harharhar!

habang
terima kasih kerana membeli buku gua. harap ada kebaikan dan manfaat.

¤(`×[¤ CrUeLLy ¤]×´)¤ said...

salam....nak ikot blog bro boleh... :P

gayour said...

cruelly
welcome to my nightmare. tq

aloy_paradoks said...

dapat jugak gua tengok karya pertama lu.. klasik tu beb... 24 tahun dulu gua baru umur 2 tahun.

gayour said...

aloy_paradoks
cam tu la rupe kartun pertama gua 24 tahun yang lalu. selamat menikmati.

Kimie said...

Gayour,

Bro, bia tgk balik gambar tuh mmg teringat balik majalah Geli Hati.. antara feveret majalah yang buat pala jadi biol hahahah...

Satu wa prasan trademark lu mata awek musti bulat bundar... tuh bleum tambah lagik dengan alis mata melentik.. hahaha

SYABAS Bro kerna anda berjaya hingga kini..

gayour said...

kimie
untuk semua yang pernah meminati majalah gelihati seperti encik kimie, terima kasih banyak2 diucapkan. itu semua menjadi kenangan.

Kimie said...

thank you thank you..

apa2 hal pun yg wa ingat masa tahun nih ialah ketama kali wa dengar Album Rock Malaysia tak bukan tak lain Cinta Buatan Malaysia - Search...

Masa tuh member bawak.. baik nyer promo katanya cenggini..

"ngko amik dulu kaset nih bawak balik umah pastuh komen"...

Esoknya wa jumpa dia terus pergi kaset Search... Album nyer ada simpan tapi tinggal kotak jer.. geli hati dan nostalgia sungguh...

gayour said...

kimie
cinta buatan malaysia memang hebat! harhar!

walau dua puluh tahun telah berlalu, muzik rock tetap mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan!

Geng Metal said...

Gua terharu bro baca entri ni, memang bukan mudah untuk capai apa yang kita nak. Karya gua yg pertama sebelum disiar pun, entah berapa banyak tah gua hantar, sampai dah naik letih dan jemu tapi gua tak mengalah.

Pernah juga karya gua dicop sebagai 'sampah'! peh, tapi gua tak mengalah, hinggalah gua berenti kerja gomen utk kerja dalam bidang penulisan yg gua cintai ni, emmm ... gua terharu bro baca entri ni ... 1985 - gua tingkatan 1 ... hehehe, mula stat kenal rock n metal ni akekeke ...

tapi kartun lu gua kenal lambat sket aaa, masa form 4, baru tahu - jamtu, puhhh memang best, sbb ada plak org lukih kartun rock ni! lu tau aaa masa tu tengah demam rock n metal kan ... hehehe,dan sampai sekarang gua masih minat katun lu, walaupun kadang2 tu ceta dia tah apa2 ...kah, kah, kah, jangan marah bro ... gua minat lukisan rock n metal, so gua tak pedulik, best ke tak best, gua tetap baca... hehehe

apa-apa hal, tahniah bro, moga2 lu berjaya dalam bidang yg lu cintai ni ...

gayour said...

geng metal
terima kasih kerana meminati dan menyokong industri kartun tanahair!

WE ROCK!