Friday, March 5, 2010

SLASH SELAMANYA

LAKARAN XY DI SEBALIK NAMA

22 RABIUL AWWAL 1431H - 08 MAC 2010

Hari tu gua diinterview untuk kuaran hari Sabtu sokabar Berita Harian dalam ruangan XY Di Sebalik Nama. Masa wartawan tu call gua buat temujanji untuk interview dan amik gambo, beliau mintak gua sediakan lukisan/kartun baru dan lama ( kalo boleh ).

Mana gua nak carik kartun-kartun lama gua ya? Oh yeah! Ada-ada! Kena selongkar balik kotak-kotak khazanah nampaknya.

Tetiba gua tefikir sesuatu yang lebih baik sebagai bahan tambahan. Emm…apa kata kalo gua lukis balik karekter-karekter kartun oldskool yang dah lama gua tak lukis. Encik wartawan tu ada tanya pasal kartun-kartun lama. Masa yang baik untuk gua lukis semula karekter-karekter yang bertahun-tahun lamanya bersama gua.


Sungguh seronok bila dapat lukis kembali “kawan lama”. Gua tesegeh gumbira masa melukis karekter BLACK, sahabat kamceng SLASH. Ramai gak yang tanya; “ oi, brader Gayour, siapa Black tu?”. Gua sengeh je. Begini kisahnya untuk pengetahuan semua peminat BLACK. Watak ini gua cipta khas sebagai tribute pada sahabat-sahabat hippies gua kat kampong ( Bahau Negeri Sembilan Darul Khusus ) dulu. Gua punya ramai kawan-kawan pengikut budaya hippies. Guapun tak tau apasal kebanyakan kawan gua pengikut hippies. Semua jeans bootcut, rambut cakar belah tengah, baju kurta… tapi seronok punya kawan-kawan yang belainan personaliti. Kita tetap kawan! Masa tu gua memang sedang mencari-cari karekter sebagai member Slash. Apa kata gua cipta/buat karekter member-member hippies gua? Terciptalah BLACK!



Memang gua rancang nak mengabungkan semua karekter utama yang telah lama gua “tinggalkan” dalam lakaran ni. Sungguh seronok dapat lukis balik Mat Tepet, Dollah, Din Senget, Pet, Amar dan Slash. Ramai gak yang tanya, “oi brader Gayour, kenapa tak lukis Bersama Selamanya balik. Kenapa tak lukis Slash balik?”

Semua watak dan cerita yang gua cipta sedayanya ni hanya tinggal kenangan…

Harap lakaran ni bisa membuatkan peminat-peminat SLASH dan BERSAMA SELAMANYA tersengeh sket. Pada yang tak tahu, tak kenal, tak baca majalah humor tempatan, dari kiri pengikut hippies tegar dan seorang pelukis, saudara BLACK. Sebelah beliau juga pengikut fesyen hippies dari siri Bersama Selamanya, encik DOLLAH. Diikuti oleh saudara MAT TEPET ( Rapid Fire Drummer ) yang sangat popular, disukai, diingati, dibenci dan peminat hardcore beliau selalu minta gua lukis beliau. Yang tengah sekali, karekter paling awal gua cipta pada pemulaan gua sebagai seorang pelukis kartun di zaman Tyrannosaurus Rex merajai dunia dulu iaitu SLASH. Hingga ke hari ini, peminat oldskool akan minta gua lukis karekter SLASH. Gua dengan seronok akan memenuhi pemintaan. Diikuti oleh DIN SEGET, pemain gitar utama band FOREVER dalam siri Bersama Selamanya. Sebelahnya tak lain dan tak bukan, the one and only, hero siri Bersama Selamanya, MR. AMAR. Ramai yang benci dan ramai gak yang suka pada watak Amar. HEH! Yang terakhir, Mr. Incredible PET. Selain Mat Tepet, ramai yang suka gua lakarkan PET menayangkan otot pejalnya!


Terima kasih pada yang pernah meminati cerita dan karekter yang gua cipta ni dulu. Gua sangat menghargainya.



bersama selamanya




32 comments:

berteromber said...

lama betul tak tengok karekter2 ni semua...kenangan betul

tak der planning nak publish semula ker?..


"Fortune, fame
Mirror vain
Gone insane...
Fortune, fame
Mirror vain
Gone insane...
But the memory remains"

Rockarena said...

bro sifu...mmg trubat rindu gua pada watak2 oldschool lu. cuma gua skt terkilan,sbb lu hny lukis watak2 HERO je...where..HEROIN2 yg pernah mewarnai karya2 lu. gua btl2 merindui NOR MELISSA, NOR SUHAILIN, twin yg kiut-miut AIN & IRA. Tk lupa gak pd watak yg merubah hidup gua menjadi lebih smpurna..beliau yg gua mksdkn ialah saudara BIDIN.Dimana mereka2 itu/////????????

gayour said...

berteromber
gua lagi la tangkap leleh dengan karekter2 tu. uuu...uuu..
sekiranya bolah memang gua nak buat, lukis dan kongsi dengan peminat2 karekter2 tu.

rockarena
awek? harharhar! gua saja tak nak lukis dan tampal kat sini pasal gua jeles!
jeles mereka dilihat, disukai, disayangi, diminati oleh encik rockarena. heh!

nanti la gua lukis. nanti...

eddie dewanaga said...

bro,
karya lama2 lu tu, kalau nak re-publish mesti berhadapan dengan karenah pemilikan hakcipta ye...

maksud gua, syarikat yg pegang hak majalah lama2 tu, mesti susah kan..?

Paan Ovrtd said...

Bahau? Kampung Sialang kan? Rizal anak Latip meninggal kek utan Royal Belum taun lopeh ado balik tak maso tu?

gayour said...

eddie dewanaga
yeah! itu la masalah problemnya! ARGHHHHH!

paan
alamak! den ghaso tak konal la allahyarham rizal tu.
moga diberkati dan dirahmati Allah.

Paan Ovrtd said...

Bukan apo bang gayour, sey ponah terbaco majalah edisi lamo2 (zaman Ujang masih jadi ketuo editor), abang ado bergambar kek padang kek area2 situ la dengan bebudak kampung tu. Sebolah yo dengan abang si arwah Rizal tu.

Papohal, kok balik kampung, inform2 kek blog. Hehehe...

JAI said...
This comment has been removed by the author.
myownmind said...

Guwe tunggu Buku panduan melokes no2 pulak.. ehehhehe kalau bleh nak panduan mengaler broo..

Wanie Azeera said...

laa.. orang bahau rupanya gayour hehe

gayour said...

myownmind
gua sedang mengusahakan buku no 2. tak tau bila siap. ARGHHHH!

wanie azeera
iyo! den orang bahau

cik_nur said...

Salam... tahinah kerna telah berjaya dengan hasil karya yang sangat kreatif. dan terus melangkah dengan jayanya sejauh ini. hasil karya brader gayour sgt authentic bak kate org putih lah, Bersama Selamanya mmg best, dan jika boleh difilemkan atau disirikan di media mungkin lg best.. wish you, all the best and keep up a good work, semoga terus menghasilkan karya yg baik supaya mampu bersaing sehebat manga(Jepun) supaya menjadi bualan seantero dunia....

Begand said...

Salam Gayour...member lamo..Begand SMBK 85 member Cimet. Lamo sungguh aku tak dengar cerita pasal ko..move forword gug luck with ur careear. If u have xtra time pse visit my fb mohd asri bin johan. cu

gayour said...

cik_nur
terima kasih kerana penah meminati karya2 gua. gua sangat menghargainya.

begand
cimet tu member sekampung den tapi den ilang ingatan pasal ekau. begand? tak kisah la asal kau ingat dan konal den. harharhar!

mugo kau sihat, bahagio dan bejayo dunia akhirat!

van qif said...

aku pun suka baca Slash masa zaman skolah dulu...paling best ada gambar bunga bunga sebagai background kartun Slash...ya aku masih ingat...

tak dilupakan juga "Bersama Selamanya" a.k.a "Bergaduh Selamanya"..Hahaha

Semarak Api said...

saya mnt gler ngn Bersama Selamanye dlu. Smp brangn kalo la black tu wjud kt dunia nyata.hahah..

en gayour,kite seopis skang.agk2 kalo sy mntk otograp buang tebiat ke?hahaha..

gayour said...

van gif
yeah! bunga memang jadi trademark slash. mana2 saja ada bunga ros.
harhar!

semarak api
mintak otograph kat gua bukan tebiat tak baik tapi satu peluang. encik ni kat dept mana. grafik, wartawan sinar?

Belacanhangit said...

seigt sy, de satu part kartun bersama selamanya ni, depa g konsert/gig...haha..siap de nyanyi lgu darkthrone rsenyer..haha..mmg rock abis..

tnye skit bang, bersama selamanya ade dibukukn tak??

Dzulkanain said...

rindunyer aku dgn watak2 nie

Anonymous said...

perghhh.. bersama selamanya....

gayour said...

mior
yeah! semua genre muzik metal ada dalam gigs tu!
ada heavy metal, thrash, death, hard core temasuk punk... cuma tak ada progresif, symphonik, neo-klasikal, grind dan metalcore yang blum popular lagi masa tu.

nain
rindu hati ku tidak terkira
terkenang orang di sana...

terima kasih

cekodok
cekodok yang menyedut banyak minyak lepas digoreng tak lazis dimakan! habih beminyak!

aliiii said...
This comment has been removed by the author.
aliiii said...
This comment has been removed by the author.
gayour said...

lanz sempoi
bodo yang dah tak ado la yang kau sibuk cari! kau memang nak kono ghembat an kek pangka tiang letrik jang!

tak ado laie dah koleksi Bersamo Selamo eh tu. tak dapek den nak nolong eh doh. tapi kalo nak dsen lukih an gamba Amar boleh la. nanti den bagi kek awek kau. eh! awek kau sapo aa... wartawan majalah mano?

zuraida zulhilmi said...

As salam... ade tak koleksi bersama selamanya lagi..

gayour said...

zuraida zulhilmi
waalaikumusalam
tak ada. mana nak caripun tak tau!

zuezarra said...

bang copy ye.. nak wat wallpaper kat laptop... terubat rindu dengan Bersama Selamanya....

Anonymous said...

betol² rindu gile dgn amar and the geng terutama mat tepet tu ...huuu dapat pekene beger din (agak je) pon gua da syahdu da...ishkk3 rinduuuuuu

Mr Adzuan said...

Salam,.
sites cakap,.aku cinta aku rindu dgn "Bersama Selamanya"..dulu-dulu era awal 90-an,.majalah kartun tempatan ni la jadi bahan baca,bahan jenaka anak muda kat kampung duk melepak kat simpang jalan main gitar..skang ni cuma tinggal memori jer,.

Bro Gayour,..publish la semula bersama selamanya untuk koleksi emas peribadi buat peminat,.lukisan yg dulu2 tu scan jer balik then compile buat koleksi peribadi,..jualan khas,. memang ramai yg sambar punye,..2013 milenium,.da lebih 20 tahun!!

Bersama selamanya..

Unknown said...

bro...
mcm mana nk dapatkan buku Bersama Selamanya tu?
mmg dok cari lg nih, smpai dh masuk kedai buku2nd hand dh tp x jmpa..
buku lama dh hilang, abg aku bg hilang

Unknown said...

Abg,macam mne saya nak dapat balik koleksi bersama selamanye vol 1 Dan vol 2 serta album bersama selamanye..

Unknown said...

Legend never die!!!