Tuesday, October 19, 2010

COVER I LUV ISLAM #30

COVER I LUV ISLAM


“ Brader Gayour, lukiskan ilustrasi untuk cover I Luv Islam”, ujar encik Pian ( wartawan tabloid I Luv Islam ) pada gua di suatu pagi berminggu yang lalu. “ Lukis cover I Luv Islam. Biar betul ni Pian?”. Betul la. Keluaran ni editor nak tukar cover. Nak gunakan lukisan plak. Tegas beliau lagi. Begitulah mulanya gua mendapat tugasan melukis untuk cover tabloid I Luv Islam bilangan 30, keluaran 01 Oktober – 07 Oktober 2010 / 22 – 28 Syawal 1431H yang lalu. Sejak mula diterbitkan, tabloid ni menggunakan rakaman photo untuk cover. Keluaran ni buat kali pertama menggunakan ilustrasi sebagai cover. Penghormatan pada gua dan sumbangan untuk Islam melalui lukisan.


Setelah encik Pian menerangkan konsep cover dan tajuk utama untuk keluaran ni, gua mengangguk ngangguk tanda faham dan hangguk kepala pasal layan Slayer – Sonisphere Festival. HEH! Trus buat beberapa lakaran tanpa betangguh. Jadikan amalan mulia tidak bertangguh dalam melakukan tugasan ya saudara dan saudari. Tugasan ni membuatkan gua tak senang duduk. Kena buat sekarang gak! Ni lakaran pertama untuk cover konsep RUMAH TERBUKA I Luv Islam yang tebayang kat kepala hotak gua.


Rasa tak best lakaran pertama. Bukan ni yang gua nak. Trus buat lakaran kedua. Lebih jelas gambaran lokasi. Rasa dah okey dah ni. Pian kata, gambaran orang lelaki dan perempuan sedang bersalaman kat depan rumah. Rumah kampung. Perlu cari rujukan rumah kampung? Yeah! Memang tu yang sebaiknya saudara dan saudari. Bahan rujukan sangat penting untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Jangan main belasah ikut kepala hotak! Tapi hampir semua orang masih beranggapan, lukis rumah Melayu tradisional mudah, senang. Tak payah cari atau guna rujukan. Lukis itu mudah, lukis ini senang. Semua senang. Lukis ikut ingat dan rasa!


Tak puas hati dengan dua lakaran. Buat lagi satu lah. Ni lakaran ketiga. Jadi kebiasaan gua, melakar lebih dari satu untuk cover untuk mendapatkan yang terbaik. Semua lakaran ni ditunjukkan pada editor baru I Luv Islam, saudara Saharom untuk melihat dan memilih mana yang menepati konsep dan tajuk yang akan dibuat. Nampak membazir, buang masa, buang karan, buat penat fakir idea tapi hanya satu yang dipilih. Apa lebih, apa kebaikan, apa manfaatnya membuat lebih dalam mencari yang terbaik. Kenapa tak buat satu je?

1- Bila kita memberi/mengeluarkan lebih apa yang kita ada ( idea ), idea tidak akan habis sebaliknya akan bertambah, bekembang dan makin berkualiti.

2- Kita akan jadi makin mahir dalam mencari dan mengeluarkan idea.

3- Makin yakin dengan kemampuan diri.

4- Tak kedekut idea dan sedia membantu.

5- Sentiasa bersedia dengan pelbagai idea dan cadangan.

6- Tiga idea lebih baik dari satu.

7- Kita jadi seorang yang pemurah dengan idea. Orang nak satu tapi kita bagi tiga. Kita bagi satu, Allah akan balas sepuluh!


Setelah dilihat oleh encik editor, beliau memilih lakaran nombor dua. Gua trus melakar balik dengan kemas dan melukis. Ilustrasi ni gua lukis menggunakan kertas murah Layout Pad A3, brush mahal Windsor & Newton ( HEH! ) dan Holbein Special Black Drawing Ink.


Lepas siap trus bagi pada encik Faiz, digital colourist untuk diwarnakan. Ikutkan hati, gua nak warnakan cara manual. Tapi biasanya pelanggan kitorang ( majalah-majalah terbitan Karangkraf seperti I Luv Islam ) lebih suka warna digital untuk ilustrasi dalam majalah mereka. Masa dah berubah. Zaman makin canggih. Semua dah beralih ke digital, warna manual tak diperlukan lagi. Tinggallah gua bejuta tahun ke belakang sebagai pengamal tegar warna manual. Hasil warna digital untuk cover I Luv Islam yang dah siap.


Ni la hasilnya setelah dihias oleh pereka bentuk I Luv Islam. Tak payah la susah-susah cari keluaran ni. Dah tak ada dah! Gua seronok melukis cover ni. Sekarang ia jadi antara bahan dalam penerangan pada pelawat bagaimana proses cover dibuat dan bagai mana gua melukis. Harap faham ya saudara saudari semua. Korang penah dengar, nampak, beli atau baca ke tabloid I Luv Islam ni? Tabloid ni antara produk terbaru Karangkraf. Terbit seminggu sekali setiap hari Jumaat. “Tak penah tengokpun. Dengarpun tak penah. Baru hari ni tau. Eee…menakotkan, tabloid apa tu? Tak apa la. Tak rugi dan menjejaskan kehidupan. Makan tetap selera!

sekian

5 comments:

Belacanhangit said...

rindu nk tgk kartun2 rock dr mr.gayour cm dlu2..hahaa..

gayour said...

rindu ya? boleh la kita saling rindu merindui.

harharhar!

Nashrin said...

saya jumpa bro kat upm sempena hari kesedaran kanser tu.konon nak la mintak bro lukis karikatur kitorang sekali tak sempat.kena masuk keje.dapat g perasmian je.huk.

gayour said...

nashrin
bagus la tak sempat nak lukis karikatur, tak la penat sangat. harharhar!
moga trus berjaya, diberkati dan dirahmatiNya sentiasa.

an2terbang said...

salam mr gayour..
sy mmg minat sgt hasil seni abe gayour nih..bersama selamanya..mmg terbaik..
sy ska karakter amar dlm tu..
boley x kalau sy nak request abe gayour wat cover amar tu kahwin ngn wanita muslimah..simple2 je..sy nk design kad kahwin sy ngn karakter tu..