Wednesday, July 29, 2009

POSTER G3 # 66

POSTER G3# 66
20 SYAABAN 1439 HIJRAH - 11 OGOS 2009

“Gayour! Kao buat poster untuk kuaran ni”,
tegas encik Amang pada gua. “Poster pasal/tema apa?”, tanya gua. “ Lu buat la apa-apapun. Kalo dapat sket-sket ala merdeka lagi baik”. Emmm… apa gua nak buat ni ya? Kalo pasal merdeka tak ada lain dalam kepala hotak gua selain senapang, meriam, kereta kebal, bom, pistol, dan perang
!
KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEE!

Gua bayangkan nak buat sorang askar bebadan bagak sedang memegang Gatling Gun. Itu yang tebanyang kat kepala hotak gua. Gua trus lakar. Cam ni la rupe lakaran awal tanpa rujukan. Hancusss! Ini la pentingnya lakaran. Kita dapat tengok segala macam kelemahan, kesilapan, kesalahan dalam lakaran.

Dalam movie PREDATOR, kita diperlihatkan dengan kehebatan Gatling Gun "membersihkan" hutan. Itu salah satu kegunaan Gatling Gun selain dari menghancurkan tubuh badan manusia tanpa belas! Ia mesin pembunuh dan pemusnah yang hebat. Dalam permainan video gamepun, Gatling Gun menjadi senjata pilihan untuk kemusnahan maksimum dan kelihatan cool. Pasal tu gua buat Gatling Gun bukan mesin gun atau senapang patah. Gua trus cari rujukan gambo Gatling Gun yang sebenar. Yeah! Mencari dan menggunakan rujukan semasa melukis adalah suatu displin penting yang mesti dibuat untuk karya yang bermutu. Bukan semua benda kita boleh belasah lukis ikut rasa, suara hati atau kepala lutut! Ada ketikanya rujukan sangat penting. Seperti Gatling Gun ni. Tak boleh buat ikut rasa atau main ingat-ingat, perlu ada rujukan. Perlu buat penyelidikan. Lain kalo kita mencipta Gatling Gun atau senapang kita sendiri. Belasah la ikut kepala lutut! Susah gak nak dapat Gatling Gun yang gua nak. Ni lakaran kedua. Masih tak memenuhi kehendak hati gua. Apasal susah sangat ni. Kenapa tak jumpe gambo Gatling Gun yang gua nak? ARGHHHH!

Gua tepaksa alter sana dan sini Gatling Gun untuk mendapat apa yang gua nak! Kadang-kadang memang kena begitu. Tak boleh ikut 100% gambo rujukan. Ubah apa yang patut. Yang penting ia menarik dan memenuhi kehendak hati! Yeah! Kehendak hati sendiri dulu! Jangan takut untuk mengubah dan mencipta yang baru asalkan ia kelihatan hebat! Itu yang dilakukan oleh Jepun. Ambil apa yang dicipta dari barat dan ubah menjadi lebih cantik, menarik dan murah!

Kali ni gua hanya menggunakan pensil saja sebagai outline untuk poster ni. Saja gunakan pensil kerana cepat siap dan kerana seni sangat la kononnye. HEH! Sekali-sekali kena gak tukar medium dalam menghasilkan karya. Ini la berseronok masa melukis namanya. Belasah ikut suka! Bila tengok pelukis komik dari barat menggunakan pensil, kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama dalam berkarya? Itu adalah hak semua untuk menggunakan apapun medium. Tak ada halangan dalam berkarya. Berseronok la masa melukis. Jangan takut untuk mencuba itu dan ini. Lakaran pensil untuk poster gua dah siap dan sedia untuk diwarnakan!

Inilah rupa poster yang telah siap diwarnakan dengan photoshop. Bukan gua yang waenakan, encik Faiz ( pewarna digital department ilustrasi ) yang warnakan. Gua tak mahir photoshop. Ikutkan hati gua nak warnakan dengan arkilik cam encik Simon Bisley atau warna air cam encik Alex Ross ( Tak kenalpun. Siapa Simon Bisley, siapa Alex Ross tu? ). Tapi nanti orang akan komplin, " kenapa tak warna gunakan photoshop?". Siapa yang beminat dengan poster ni boleh la beli majalah G3 keluaran bulan Ogos 2009 sekarang ni. Kalo tak minat, buat tak tau jer la.

Selamat berkarya pada semua.
Berseronok la masa melukis!

12 comments:

matakucing said...

ermm kena difailkan semua lakaran2 tu boleh..compile boleh dibuat rujukan. ini ilham dari citer predator ker?

gayour said...

gatling gun tu jer yang dicilok dari movie predator.

Kimie said...

gatling gun mmg kuasa 1,000,000hp pemusnah abadi..

Skima sungguh masa tgk predator kat odeon dulu daripada tempat yg penuh pokok2 tuh akhirnya jadi lapang macam baru lepas kena langgar stemroll

gayour said...

kimie
tu pasal la gua buat/lukis senjata pemusnah hutan dan semak samun hilang akal tu. sesuai sangat untuk meneroka tanah hutan baru. tembak monyetpun senang. heh!

have gatling gun will destroy!

DPR said...

abang dah kena buat muzium seni kartunis bang...lagi 1,nama betul abang apa ek?

eddie dewanaga said...

nice job beb...

selalunya lu bikin poster gambar seorang rocker sedang jamming dgn susunan gitar berderet dan monster speaker dan amplifier... bikin satu taruk sini bro!!

DPR said...

nampak muka abang yang kaler ijau tu cam jaei pun ada...ingat jaei,rupanya abang...

gayour said...

ujang
muzium yang ada skang nipun orang tak pegi kecuali ada pameran hantu setan gondol!

eddie dewanaga
kat mana ye gua surukkan lakaran poster2 metal gua tu. jumpe nanti gua tampal kat sini.


"You´re a rock-n-roll star
You are out of the charts
Your blood is cold you´re getting old
But your life is rock-n-roll"

top of the bill
scorpions

gayour said...

ujang
muzium yang ada skang nipun orang tak pegi kecuali ada pameran hantu setan gondol!

eddie dewanaga
kat mana ye gua surukkan lakaran poster2 metal gua tu. jumpe nanti gua tampal kat sini.


"You´re a rock-n-roll star
You are out of the charts
Your blood is cold you´re getting old
But your life is rock-n-roll"

top of the bill
scorpions

gayour said...

ujang
muzium yang ada skang nipun orang tak pegi kecuali ada pameran hantu setan gondol!

eddie dewanaga
kat mana ye gua surukkan lakaran poster2 metal gua tu. jumpe nanti gua tampal kat sini.


"You´re a rock-n-roll star
You are out of the charts
Your blood is cold you´re getting old
But your life is rock-n-roll"

top of the bill
scorpions

DPR said...

patut pun abang banyak buat katun ala2 brutal..perancangan masa hadapan tu bang..hehe...abang tak jawab pun soalan ala2 terjah saya bang...nama betul abang..tapi kalau abang secrec identiti saya hormati keputusan abang...

syah said...

nice one! :)